Quantcast
Channel: Tips-Tips – SifuBad
Viewing all 322 articles
Browse latest View live

5 Tips Untuk Memikat Fans Supaya Mereka Baca Post Anda

$
0
0

5 Tips Untuk Memikat Fans Untuk Baca Post Anda

Untuk buatkan fans sentiasa follow update dari fanpage kita, bina la post yang mereka SUKA. 

Macam mana nak tahu mereka suka atau tak post kita?

Anda perlu buat post harian, kemudian lihat post jenis yang bagaimana dapat ENGAGEMENT yang paling tinggi.

.. bina post dalam bentuk gambar, share link artikel, video atau post text biasa.

Lebih menarik, jika kita boleh berikan maklumat yang ada kaitan dengan ISU SEMASA. Biasanya, post jenis ini selalu dapat engegament yang tinggi.

So, jangan buang masa, jom kita sama-sama korek.. apa 5 tips mudah ini. Tak perlu keluar duit pun. FREE je. Hari ni juga boleh buat.

Jumzz baca 5 tips ini:

#1: Gaya Bahasa Penulisan

Gaya penulisan kita tu mestilah intonasinya sama seperti kita sedang bercakap dengan audiens.. tapi, jangan pula anda guna bahasa yang kasar. Jangan main kasar! Gunakan BAHASA yang baik-baik je, hormat audiens kita. Jika kita nak orang hormat kita, kita kena la hormat orang dulu.. tak gitu..?

Secara ringkasnya, bila mereka baca post kita.. mereka akan rasa seperti tengah bersembang dengan kita.

Contohnya macam ni ha, “Meh saya kongsikan 3 cara bagaimana nak jana duit daripada Facebook dengan kos pemasaran yang rendah. Sila baca dan komen ye..” 

Guna ayat yang MUDAH orang faham. Walaubagaimanapun, benda macam ni ikut NATURE penulisan kita. Kalau anda seorang yang professional dan selalu guna Bahasa Melayu Tinggi.. maka seeloknya gunakan perkataan yang FORMAL.

Jika anda jenis yang sempoi-sempoi, jadi tulis jelah macam blogger-blogger tu. Cun!

#2: Isi Kandungan Post

Pastikan anda tulis content post yang fans anda nak baca, bukan suka hati je anda nak tulis apa! Isi kandunagn post ni tak perlu gempak sangat. Tips atau perkongsian biasa-biasa pun dah okay. Yang penting bermanfaat!

Contohnya, macam kita nak kongsi pasal cara nak jadi hensem. Jadi, kita tulislah cara-caranya macam mana, sama ada sikat rambut ke, pakai suit ke, dan sebagainya.

Kalau anda jenis suka kongsi tentang cerita yang terjadi kepada anda tu lagi syok. Cerita dan tulisan dari pengalaman sendiri tu antara topik yang paling fans suka baca.

Contohnya, macam cerita kita pergi melancong ke luar negara ke, cerita kita kena perlu join seminar di luar negara ke, atau apa-apa sahajalah pengalaman anda yang menarik untuk dikongsikan.

Yang paling penting, mesti ada isi. Isi yang FUN dan audiens boleh dapat manfaat daripadanya.

Jika mereka SUKA dengan post anda, pasti mereka akan SHARE dan post anda akan jadi VIRAL. Dapat free marketing..

#3: Kenal Siapa Sasaran Audiens

Anda WAJIB tahu siapa target audiens post anda dan tulis mengikut gaya yang sesuai dengan mereka.

Kenal SIAPA Sasaran Audiens

Senang cerita macam ni, siapa followers fanpage anda?

Contohnya, jika anda fanpage anda khas untuk geng ustaz-ustaz, masukkanlah ayat-ayat islamik dalam tulisan anda seperti “bismillah” pada permulaan post ke, atau kalimah-kalimah yang menyerupai bahasa-bahasa ustaz nih. Kongsikan doa harian dengan mereka.

Kalau fans anda ramai daripada geng-geng bisnes, seeloknya buat tulisan yang berasaskan tip-tip berkaitan marketing. Ayat pun tak perlulah tulis macam karangan SPM sangat. Simple-simple sudah.

Jika anda takde IDEA nak tulis apa, anda tulis je satu TIPS ringkas pun dah cukup. Nak lagi senang, anda SHARE je post dari fanpage lain. Berikan sedikit pendapat mengenai post yang anda share tu, ini dapat tingkatkan ENGAGEMENT dengan fans anda.

#4: Tetapkan Fokus Penulisan Anda.

Tetapkan FOKUS penulisan anda.

Fans anda ni semuanya manusia, dan manusia ni FOKUS mereka taklah sehebat macam fokus kamera DSLR tu. Jadi, TAJUK dan ISI kandungan mestilah berkaitan antara satu sama lain. Flow cerita juga mestilah TERSUSUN.

Kalau kita tulis bab Facebook Ads, fokus pasal tu je. Jangan pula masukkan bab politik pula. Bila tulisan kita bercampur-campur dan tak fokus, post anda akan jadi macam ROJAK! Macam-macam ada! Nanti, fans akan jadi tersangatlah BOSAN dan MALAS nak baca.

Jadi, tentukan MATLAMAT dan fokus pada awal sebelum anda menulis. Tanya pada diri anda, anda nak kongsi apa sebenarnya kepada fans anda? Orite?

#5: Penulisan Kemas dan Tersusun. 

Yang ni juga sangat penting!

Semasa menulis, gunakan noktah, koma, dan tanda baca yang sesuai. Jangan guna lebih-lebih pula! Nanti audiens naik MENYAMPAH nak teruskan membaca…

Gunakan susunan perenggan yang TERATUR. Jangan terlalu padat sangat tulisan. Kelaskan point penting dalam 1 perenggan khusus dan sebagainya.

Contohnya macam ni..

Tulisan anda tu mestilah KEMAS dan TERSUSUN

Jadi, itu sahaja untuk artikel kali ni. Menulis ini sebenarnya mudah sahaja. Bagaimana kita mahu membaca tulisan orang lain, macam itu jugalah orang lain mahu baca tulisan kita.

Ada faham..?

Jika kita suka satu post itu, cuba kita KAJI apa sebab kita suka baca post tersebut?

Gaya bahasa? Ayat yang digunakan? Adakah kerana isinya? Susunan ayat yang mudah difahami.. atau lain-lain sebab lagi..

.. lepas kaji tu, jangan lupa pula praktik apa yang anda dah dapat. Okay?

Baik, terima kasih kerana baca tip ini dan teruskan bersiar-siar di blog sifufbads!


3 Teknik Gambar Yang Boleh Bantu Tingkatkan Jualan Bisnes Anda

$
0
0

3 Jenis Gambar Yang Boleh Bantu Tingkatkan Jualan Bisnes Anda

Antara cara tarik perhatian audiens untuk baca post kita di fanpage adalah dengan gabungkan sekali gambar bersama ayat copywriting. Gambar yang digunakan perlulah RELEVAN dengan servis atau produk yang kita niagakan.

Jadi, dalam artikel kali ini.. saya akan terangkan 3 TIPS yang boleh membantu anda memilih gambar yang boleh tarik fans untuk baca post iklan anda. Lagi best, mereka bukan je akan baca post iklan anda, tapi akan jadi pelanggan anda juga. Itulah yang kita mahukan! Betul..?

1. Gambar Produk Dengan Pengguna

gambar pengguna produk

Gambar begini biasanya akan dapat timbulkan persoalan di fikiran audiens untuk tahu lebih lanjut mengenai produk anda. Jika anda penjual tudung, lebih CANTIK jika anda bergambar dengan menggayakan produk anda.. jadi MODEL untuk produk anda seperti pegang produk di tangan, siap buat muka CUTE lagi!

Contoh lain, jika anda buat bisnes SERVIS, seperti motivasi bisnes.. tunjukkan gambar anda sedang memberi ‘talk‘ di hadapan orang ramai. Jika dalam anda ada offer sesi ‘personal coaching‘, ambil gambar bersama pelangan yang anda bantu.

Pelbagaikan SUDUT dan KREATIVITI gambar anda seperti ambil gambar CLOSE UP dari pandangan atas atau bawah. Untuk buatkan gambar anda nampak lebih MENARIK dan BEREMOSI, tambah ayat headline pada gambar.

Cara nak tulis headline dalam gambar, anda boleh baca artikel ini..

2. Gambar ‘Before & After’ + Produk

gambar sebelum,selepas

Semua orang mahukan lihat BUKTI keberkesanan sesuatu produk dan servis. Jadi, gambar berbentuk SEBELUM dan SELEPAS ini boleh memberi keyakinan kepada audiens untuk baca post anda.

Gambar tu pula biarlah KEMAS dan TERSUSUN. Jangan berterabur! Nanti sakit mata pula orang nak tengok. Lebih baik jika anda buat satu ALBUM khas untuk upload banyak gambar ‘end-result‘, berbanding upload hanya 1 gambar. Semasa anda buat post iklan, letakkan LINK ke album testimoni.. lebih banyak, lebih baik. Audiens akan lebih YAKIN jika banyak testimoni untuk produk anda.

Contohnya, jika anda menjual produk kecantikan untuk jerawat, tunjukkan TESTIMONI pelanggan terhadap produk tersebut.. gambar muka pelanggan SEBELUM dan SELEPAS menggunakan produk anda. PENTING! Jangan sesekali ambil gambar CIPLAK, atau gambar yang telah digunakan oleh produk kecantikan lain untuk kegunaan anda. Gunakan gambar yang anda sendiri shoot.

Bagi anda yang sediakan servis, tunjukkan PORTFOLIO hasil dari servis anda kepada pelanggan. Jika anda memberi khidmat nasihat bisnes pemasaran, tunjukkan RESULT dan TESTIMONI dari pelanggan anda. Lagi banyak gambar yang anda boleh beri, mereka akan lebih PERCAYA.

3. Gambar Offer Produk

pelikat warriors

Perkataan seperti “SALE!”, “BONUS!”, “OFFER!”, ini dapat buatkan audiens rasa nak tahu mengenai apa TAWARAN  yang anda beri. Biasanya, jika anda meletakkan POTONGAN HARGA dalam gambar.. iklan anda akan engagement yang lebih tinggi. Tak kira la anda jual produk atau servis apapun, yang penting anda dah ada followers sendiri.

Pastikan font pada gambar JELAS dan TERANG supaya apabila audiens ‘scroll’ Facebook, post anda akan lebih MENONJOL dari post-post lain. Gunakan WARNA dan SAIZ font yang sesuai. Biasanya ramai peniaga menggunakan warna MERAH dan KUNING, kemudian ADJUST saiznya. Anda boleh gunakan software percuma seperti PAINT dan DESIGN mengikut KREATIVITI sendiri.

Jadi, kesimpulannya, gambar memainkan peranan untuk menarik minat audiens ambil tahu mengenai bisnes anda.

Bagaimana cara untuk buatkan mereka KENAL mengenai bisnes anda?

Ya! Anda perlu BANTU dan EDUCATE mereka! 

Mudahkan mereka untuk dapatkan INFO mengenai bisnes kita. Jika kita dapat MUDAHKAN kerja mereka, mereka akan lebih mudah berikan duit pada kita. Ok?

Semoga bermanfaat.

Cara Tingkatkan Branding dengan Promosikan Website Anda di Facebook

$
0
0

Cara Tingkatkan Branding dengan Promosikan Website Anda di Facebook

Sekarang ini, mungkin anda sudah tahu bagaimana Facebook boleh membantu tingkatkan BRAND bisnes anda.. sebab, saya dah ceritakan mengenai branding ini dalam artikel yang lepas.

Tak baca lagi? Ini artikelnya…

Terdapat ramai peniaga sekarang dah mula menggunakan Facebook sebagai CHANNEL pemasaran bisnes mereka, jadi.. anda perlu lebih KREATIF untuk bersaing dengan mereka.. tapi, ramai juga peniaga yang masih guna cara yang SALAH untuk brandingkan bisnes mereka di Facebook.

Ini beberapa kesalahan UTAMA yang sering dilakukan oleh peniaga di Facebook…

#1: Terlalu fokus kepada ‘Fans’

Kebanyakkan peniaga Facebook terlalu fokuskan pada KUANTITI likes dan HARGA iklan untuk tarik fans. Mereka tak fokuskan pada KUALITI fans. Apabila nak bina fans, mereka jalankan CONTEST.. jika orang likes, mereka akan dapat HADIAH. Cara ni memang tak berkualiti!

Kenapa..?

Sebab sasaran audiens tak sesuai dengan iklan. Jika fans yang anda bina tak berminat dengan bisnes anda, rugi je la duit anda kumpul banyak likes.

#2: Terlalu fokus kepada ‘Reach’

Lepas mereka dah keluarkan banyak duit untuk bina fans sebanyak mungkin, mereka laburkan pula untuk dapatkan REACH yang tinggi. Tak salah nak buat macam tu, tapi.. masalahnya di sini, mereka tak akan dapat reach yang tinggi jika mereka tak fokus dalam membina fans yang BERKUALITI.

Mempunyai fans yang banyak bukan la FAKTOR utama untuk dapatkan reach yang tinggi.

Anda juga perlu bina ENGAGEMENT dengan fans, respon segala pertanyaan fans dengan pantas. Jawab PM dan komen mereka. Lama-kelamaan reach anda akan meningkat dengan sendirinya..

#3: Terlalu fokus kepada ‘Sales’

Cara ini juga salah..!

Anda tak boleh hanya fokus pada buat sales je. Sikit-sikit jual, hari-hari jual!

Saya rasa anda pun tahu yang audiens TAK SUKA orang yang asyik nak menjual je pada mereka. Terutamanya jika anda tarik fans yang tak berkualiti.. lagilah fans anda naik angin.. mereka unlike terus fanpage anda.

kesalahan dalam branding

Jadi Apa Yang Patut Lakukan Sekarang?

1. Bina Website Anda

Jika anda masih belum lagi ada website, buat website sekarang!

Kenapa saya kata kena buat?

Dari kajian saya, CONVERSION RATE dari website lebih tinggi dari Facebook.

Jadi, agak rugi jika anda tak kumpulkan trafik dari website anda. Semasa buat iklan, sasarkan iklan anda pada audiens tersebut. Saya akan terangkan lebih lanjut dalam point seterusnya..

Sebelum anda bina iklan, pastikan website anda sudah direka dengan KEMAS. Tonjolkan brand anda melalui website tersebut. Terangkan apa yang anda jual.. apa bisnes anda?

Di sini la tempat yang sesuai untuk masukkan segala maklumat bisnes anda. Mudahkan mereka untuk hubungi anda.

2. Bina Artikel Yang Bermanfaat

Ada 4 JENIS KANDUNGAN yang anda boleh kongsikan di fanpage anda..

  • Share link artikel

Share link artikel

  • Post text

post text

  • Post video

Post video

  • Post gambar

post gambar

…tapi, saya tak nak terangkan satu per satu..

Sebab, dalam post kali ni.. saya nak fokuskan pada SHARE LINK ARTIKEL. Maksud saya, kongsikan link artikel di fanpage anda.

Anda perlu bina artikel yang BERKUALITI. Ini dapat tingkatkan REPUTASI brand anda.

Artikel yang anda hasilkan mestilah boleh membantu audiens selesaikan masalah fans dan berkaitan dengan brand anda.

Jika anda takde idea nak tulis apa, anda perlu KENAL dulu siapa fans anda.

Tak tahu cara nak KENAL siapa fans anda?

..Baca artikel ni –> KLIK SINI

Baik, anda sudah tahu siapa sasaran audiens dalam bisnes anda.. sekarang, SENARAIKAN semua soalan mengenai produk yang mungkin mereka akan tanya kepada anda.

Dari soalan-soalan ini, anda sudah boleh bina satu artikel. Jadi, apabila fans ada tanya soalan.. anda boleh bagi je artikel yang berkaitan dengan soalan mereka. Senang kan? Suruh je mereka baca artikel anda, tak perlu anda nak layan soalan yang sama setiap hari..

3. Kongsikan Artikel Tersebut

Dah tulis, kena la kongsikan content anda tu.. kalau biar je artikel tu dalam website, lambat la trafik nak masuk.

Kongsikan artikel tersebut di fanpage walaupun fans anda sikit. Yang penting anda ada SHARE sesuatu pada fans. Sebelum kongsikan artikel tersebut, pastikan anda SEMAK artikel anda dulu. Betulkan jika ada kesilapan ejaan atau bahasa yang digunakan.

Masukkan GAMBAR dan LINK yang berkaitan supaya artikel anda jadi lebih menarik.

Penting! Semasa buat LIKE MARKETING,pastikan anda bina fans yang betul-betul BERKUALITI. Baru la post anda akan dapat engagement yang baik.. fans akan share, komen atau likes post anda jika mereka suka artikel yang anda kongsikan.

4. Promosikan Artikel Tersebut

Tak cukup kalau hanya kongsikan artikel tu di fanpage. Lagi-lagi kalau fans anda masih lagi sikit.. pastinya TRAFIK yang masuk pun sikit.

Sekarang, apa yang anda kena lakukan adalah, pastikan artikel tersebut sampai kepada lebih banyak audiens.

Anda perlu buat iklan Fb Ads untuk tarik lebih banyak trafik ke artikel anda. Laburkan sedikit duit untuk iklankan pada Lookalike Audiences dan interest yang berkaitan. Cara ini sesuai jika likes di fanpage anda masih lagi sikit.

Anda boleh cuba sasarkan iklan anda pada fans selepas LIKES fanpage anda meningkat ke 10k likes ke atas. Promosikan artikel anda pada placement Desktop dan Sidebar.

5. Target Audiens Yang Kita Mahukan (WCA)

Apabila anda sudah mempunyai jumlah trafik yang banyak, anda sudah boleh bina Website Custom Audience (WCA). WCA ini juga boleh dibuat masa mula-mula anda bina website, tetapi ia tak akan berfungsi selagi website anda tiada trafik.

Cara nak bina Website Custome Audience (WCA), anda boleh baca artikel ni..

Jika anda promosikan artikel pada interest, kebanyakkan audiens ini akan abaikannya. Untuk audiens yang KLIK dan masuk ke website anda, mereka berminat nak tahu mengenai anda. Jadi, agak rugi jika anda tak SIMPAN mereka. Sebab anda boleh sasarkan semula iklan anda pada mereka. Anda boleh promosikan artikel anda yang seterusnya.

Teknik ini dinamakan RETARGETTING..

Pastikan anda bina WCA dari trafik website dalam tempoh 180 hari. Dengan cara begini, jumlah audiens yang anda target tu akan jadi lebih besar dan relevan dengan kandungan artikel anda.

Dengan menggunakan WCA, anda dah boleh kurang gunakan Interest dan Lookalike Audiences untuk iklan anda. Audiens jenis ini kurang berkesan sebab mereka masih belum mengenali anda.

6. Kumpul Database Audiens

Ok…

sekarang trafik website anda dah naik. Jika ada lebih kurang 200 hingga 300 trafik yang masuk, tu pun dah kira cantik. Artikel blog dah ada lebih 20.. tu pun dah kira ok. WCA pun dah cukup 1000..  dah boleh start buat iklan. Ok, apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah mula kumpul database..!

Semasa buat iklan, sasarkan pada fans dan WCA anda. Jika anda sasarkan pada Interest atau Lookalike Audience, KOS iklan anda akan jadi mahal. Audiens jenis ini juga mungkin akan ABAIKAN iklan anda..

Baik, sebelum ni anda sudah menghasilkan pelbagai artikel yang bagus kan?

Jadi, anda boleh GABUNGKAN artikel-artikel tersebut menjadi sebuah ebook. SUSUN dan ADJUST sikit content ebook tersebut untuk nampak lebih menarik.

Buat ECOVER yang cantik untuk tarik minat audiens download.. kemudian, bina satu squeeze page untuk kumpul database. Promosikan squeeze page tersebut menggunakan FB Ads. Jika anda ada Blog dan Instagram, boleh juga promosikan  juga di situ.

7. Jual Produk Anda

Anda dah kumpul database? Ada lebih kurang 500 database? Bagus!

Sekarang, anda sudah boleh emelkan artikel ke database anda. Bina engagement dengan mereka..

.. tapi, jangan hantar setiap hari. Hantarkan emel sekurang-kurangnya seminggu sekali. Paling penting, jangan SPAM! Anda dilarang sama sekali buat macam tu..! Sebab database anda akan jadi TAK SUKA pada anda,

Anggap la mereka macam KAWAN anda, buatkan mereka SELESA dengan anda.. baru mereka dengan rela hati untuk serahkan duit pada anda.

8. Ulang Langkah 2

Untuk brandingkan sesuatu bisnes, ia ambil tempoh masa yang lama. Bukan hanya sehari, sebulan, seminggu atau setahun.. tapi, setiap hari. Anda perlu KONSISTEN untuk promosikan brand anda.

Ini adalah STRATEGI untuk jangka masa panjang…

Sebab itu, anda perlu ULANG kembali bermula dari langkah 2.

Dengan branding, kredibiliti bisnes anda akan meningkat.. kepercayaan fans pada bisnes anda juga akan meningkat.

Jadi, anda perlu KONSISTEN untuk hasilkan artikel berkualiti dengan lebih banyak, kemudian promosikan artikel tersebut.. tarik lebih banyak ke website anda. Jangan lupa untuk kumpul database, kemudian jual produk..

Kembangkan lagi bisnes anda untuk dapatkan lebih banyak lagi sumber pendapatan bisnes anda.

Faham tak?

Ini adalah serba sedikit penerangan bagaimana cara untuk brandingkan bisnes anda menggunakan website.

Harap bermanfaat.

5 Sebab Mengapa Anda Patut Mulakan Bisnes Online Pada Awal 20-an

$
0
0

5 Sebab Mengapa Anda Patut Mulakan Bisnes Online

Dalam bisnes, tiada istilah terlalu awal atau lambat untuk seseorang itu mengejar impian mereka. Jika kita ingin jadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, maka teruskanlah usaha ke arahnya. Kejayaan dalam hidup itu tidak mengira umur seseorang. Yang penting, kita berusaha dan sentiasa menambah ilmu.

Tengok sahajalah profil Tuan Ismail Hamid yang merupakan seorang hot-seat di Seminar Missing Chapter 2.0 yang diadakan pada 23 Ogos 2015 baru-baru ini. Tuan Ismail Hamid, 65, yang juga seorang agen Coway, mampu menggandakan jualan beliau menggunakan Facebook Ads pada umur 65 tahun!

Jadi, tidak kisahlah anda umur berapa pun, yang penting adalah keazaman tinggi yang ada dalam diri anda untuk berjaya.

Mengapa Anda Patut Mulakan Bisnes Pada Awal Umur 20-an?

Di bawah adalah 5 sebab mengapa saya amat menggalakkan generasi muda di luar sana untuk mulakan bisnes online mereka pada umur awal 20-an:

1. Kurang Komitmen Semasa Muda

Biasanya orang muda ada banyak masa, terutamanya yang sedang belajar. Jadi, masa tulah waktu yang sesuai untuk belajar buat bisnes.

Sejujurnya, tidak semua idea bisnes akan berjaya dan boleh menghasilkan duit yang banyak. Dalam sehari, boleh kata berpuluh-puluh bisnes online yang sedang meningkat di negara ini.. tapi, tidak semua yang berjaya.

Jadi, amat sesuailah jika pemuda-pemuda di luar sana mulakan langkah untuk mempelajari selok-belok bisnes pada usia mereka sekarang. Sekurang-kurangnya, segala masalah bisnes yang mereka hadapi itu, boleh menjadi pengajaran ketika mereka sudah dewasa nanti.

Bisnes ini bukannya seperti belajar SPM, dah dapat sijil.. habis belajar.. sampai situ je…

Sukatan pelajaran bisnes ini takkan pernah habis. Maka, segala apa masalah yang mereka hadapi, mereka boleh terus FOKUS kepada penyelesaiannya. Ianya sangat berbeza jika mereka sudah dewasa nanti. Sudah pasti terlalu banyak komitmen yang perlu diuruskan.

2. Menjana Sumber Kewangan Sampingan

Bisnes online boleh dikategorikan sebagai bisnes yang stabil, tidak cerewet untuk diuruskan, dan boleh menjana hasil kewangan dengan mudah. Walaupun begitu, jangan terlalu over-confident sehingga memakan diri sendiri.

Masih banyak bisnes online yang melingkup di luar sana. Jadi, berhati-hatilah dan rajin-rajinlah tambah ilmu untuk pastikan anda di landasan yang benar.

Baik, cuba bayangkan jika anda boleh menjana pendapatan sampingan yang tinggi pada usia muda, dan anda gunakannya untuk melabur dalam bisnes korporat, atau hartanah ketika anda sudah dewasa. Sudah pasti ianya menarik dan membuatkan kewangan anda jadi semakin stabil.

Tidak dapat tidak, pada zaman ekonomi yang semakin mencabar ini, generasi muda amat digalakkan untuk mencari alternatif kewangan lain agar mereka tidak sengsara pada usia tua nanti.

Daripada mereka hanya bergantung pada pekerjaan dari jam 9 pagi, hingga 5 petang, lebih baik mereka fikir jalan keluar untuk mempunyai kawalan penuh kepada masa depan hidup mereka.

3. Makin Matang Dan Berpengalaman

Tiada apa yang boleh membuatkan anda menjadi matang dengan lebih cepat (pada usia muda) melainkan dengan anda menguruskan bisnes sendiri.

Dari situ, anda akan rasa betapa susahnya untuk hidup dalam kalangan jerung-jerung bisnes yang sudah berpengalaman meneroka dunia mereka. Tetapi, itulah faktor yang boleh membuatkan anda berfikir semakin KREATIF dan KRITIS untuk menyelesaikan isu-isu yang berlaku di sekeliling anda.

Apabila anda menjalankan bisnes, anda akan berhadapan dengan pelbagai ujian, halangan dan pengajaran. Apabila anda menghadapi perkara sedemikian pada usia muda, anda akan jadi semakin matang, semakin berpengalaman dalam menguruskan masalah.. sekaligus menjadikan anda seorang anak muda yang boleh memberi manfaat kepada orang lain!

4. Boleh Bekerja Di Mana-Mana Sahaja

Ada satu artikel popular dalam bahasa Inggeris di laman web Thrillist yang menerangkan beberapa sebab mengapa anda perlu berhenti kerja dan pergi melancong pada usia awal 20-an.

Kebanyakan isinya berkisar mengenai kelebihan yang anda akan dapat melalui perlancongan, dan kerugian yang anda akan hadapi pada usia tua nanti kerana tidak melancong pada usia muda.

Boleh Bekerja Di Mana-Mana Sahaja

Walaubagaimanapun, saya mahu katakan kepada anda di sini bahawa anda tidak perlu pun untuk berhenti kerja. Anda boleh lakukan perkara di atas dengan mulakan langkah untuk membuka bisnes online anda sendiri.

Selagi anda ada akses kepada internet, anda pergi lah ke mana-mana pun, anda masih boleh uruskan bisnes anda daripada sana. Jangan masuk hutan pula, memang takde la internet. Jadi, rancang dahulu tempat untuk anda pergi dan pastikan segala kelengkapan yang anda perlukan itu cukup.

5. Kos Bisnes Yang Rendah

Sebelum munculnya zaman Facebook dan e-commerce yang lain, sangat susah bagi seseorang yang berumur awal 20-an untuk memulakan bisnes sendiri. Yelah, sudah pasti mereka tidak boleh akses kepada pinjaman bank, kad kredit, dan sewa bangunan yang ada pada zaman tersebut.

Kos Bisnes Yang Rendah

Tapi sekarang, semuanya sudah BERUBAH. Bisnes online secara umumnya boleh mengurangkan kos untuk mereka mulakan bisnes sendiri. Perkara sebegini membolehkan mereka untuk mengejar impian walaupun masih belajar di peringkat kolej.

Jadi, jika anda merupakan generasi muda yang berumur awal 20-an, apa lagi alasan untuk anda tidak mulakan bisnes sendiri SEKARANG?

4 Tabiat Jutawan Online Yang Boleh Anda Ikut dan Praktikkan

$
0
0

4 Tabiat Jutawan Online Yang Anda Perlu Tahu

Sebagai manusia, kita pasti mempunyai tabiat dan kebiasaan dalam melakukan sesuatu perkara. Jika anda mahu berjaya, sudah pastilah anda perlu melihat kepada profil-profil individu yang sudah berjaya agar anda boleh mengecapi hasil yang sama.

Ramai orang yang ingin berjaya di luar sana suka MENIRU cara jutawan yang sedia ada dan menambah ilmu daripada mereka. Memang benar, tetapi, dengan meniru sahaja tidak memadai. Anda seharusnya memiliki dan mempunyai tabiat-tabiat para jutawan ini agar anda akan menjadi lebih baik daripada mereka pada masa akan datang.

Jadi, di sini saya mahu kongsikan kepada anda 4 TABIAT jutawan online yang boleh anda amalkan…

1. Kerja Keras.

Untuk berjaya dalam sesuatu perkara, kita perlu berusaha keras untuk mencapainya..

Jika anda pernah baca kisah-kisah inspirasi mengenai student Sifufbads, ramai antara mereka yang sudah capai sales 5 angka, malah ada yang dah capai sales 6 angka sebulan..

.. tapi, apa yang kita tidak tahu adalah, kisah-kisah ‘disebalik tabir’ yang mereka hadapi untuk jadi seperti diri mereka sekarang ini.

Mereka tidak takut untuk BEKERJA KERAS dan keluar daripada zon selesa. Mereka tidak risau untuk melakukan perkara yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini. Jika gagal, itulah rasa yang mereka gelarkan sebagai resepi untuk mencapai kejayaan.

Anda tanyalah mana-mana jutawan pun, sebenarnya tiada rahsia pun untuk menjana pendapatan yang tinggi dalam TEMPOH yang singkat. Yang ada hanyalah kerja keras yang KONSISTEN, disiplin yang tinggi, kecekalan untuk sentiasa bertindak dalam apa-apa keadaan sekalipun, dan terus-menerus BERDOA kepada yang esa.

Tiada SHORTCUT yang ada untuk berjaya.

2. Matlamat Yang Jelas.

Pada peringkat permulaan, untuk dapatkan sesuatu perkara, kita perlu bekerja keras. Rahsia sebenar orang yang berjaya adalah mereka sanggup bekerja keras dan bersusah payah untuk capai impian mereka. 

Kenapa?

.. kerana mereka tahu dengan kerja keras tersebut, mereka akan dapat hasil yang setimpal. Mereka ada MATLAMAT dan gol yang jelas. Ia boleh diibaratkan seperti pemain bola yang sanggup bersusah payah meredah sayap pertahanan pasukan lawan demi menjaringkan gol!

Untuk menetapkan matlamat yang jelas, anda perlu tetapkannya sejelas-jelas yang mungkin.

Ini antara contohnya…

Yang manakah anda rasa lebih bersemangat apabila membaca ayat-ayat dibawah :

“Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah kereta yang mewah.” atau, “Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah Lamborghini Aventador LP 750-4 Superveloce, warna merah.”

Yang mana satu pilihan anda yang anda rasa boleh memberi semangat kepada anda untuk bekerja keras?

Letakkan gambar matlamat anda di tempat yang anda SELALU lihat. Contohnya, dengan menggantungkannya di bilik tidur, menetapkannya sebagai wallpaper komputer anda, dan sebagainya.

Cara-cara ini boleh membuatkan anda semakin jelas dengan apa yang anda mahukan dan tidak fokus dengan matlamat yang kabur. Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang, JELASKAN apa matlamat anda, apa perkara apa yang anda mahukan dan bayangkan apa hasil selepas bekerja keras untuk matlamat anda.

3. Berani Untuk Gagal.

Rasa TAKUT untuk gagal biasanya akan membuatkan anda terlalu berhati-hati..

Jika anda terlalu berhati-hati dan takut untuk gagal, anda akan terlepas peluang yang ada mungkin sudah ada di hadapan mata anda. Semuanya disebabkan anda terlalu takut untuk melakukan sesuatu.

Mereka yang berjaya suka untuk mengambil cara dan jalan yang berbeza. Bagi mereka, daripada takut untuk gagal, lebih baik mereka gagal kerana mencuba. Dari kegagalan tersebut tu mereka akan dapat pengalaman yang berharga. Mereka tahu bahawa risiko dan kegagalan itu adalah lumrah bagi setiap keputusan yang dibuat.

Jadi, bukankah kita boleh belajar daripada setiap kesilapan yang kita lakukan?

Walaubagaimanapun, anda janganlah fikir yang anda akan terus gagal jika melakukan apa-apa keputusan di luar sana. Itu pemikiran yang kurang cerdik namanya.. tetapi, jika anda gagal, terima kegagalan tersebut sebagai satu titik permulaan baru untuk anda berusaha dengan cara yang lebih baik dan berbeza.

Ya, ianya mungkin agak memenat dan meletihkan, tetapi.. anda boleh menggunakan kegagalan itu sebagai penambahbaikan dalam hidup dan bisnes anda. Apabila anda sudah biasa dengan kegagalan, anda akan jadi semakin kuat dan tidak kisah dengan apa pun perkara yang berlaku. Asalkan anda boleh capai TARGET matlamat yang anda telah tetapkan.

4. Cari Mentor Jutawan.

Jika anda mahu belajar menjahit, anda tidak akan jadi pakar dalam kemahiran itu dalam sekelip mata. Jika nak belajar sendiri, anda perlu AMBIL MASA. Jadi, anda perlu cari MENTOR yang boleh mengajar anda. Itulah cara paling PANTAS jika anda nak belajar sesuatu yang baru. 

Anda sudah dapat menjimatkan masa yang anda luangkan untuk belajar berseorangan. Contoh, jika anda ingin belajar menjahit sendiri, mungkin anda akan mengambil masa selama 3 tahun dan lebih. Tetapi, jika anda mempunyai mentor, anda mungkin akan menjadi pakar dalam menjahit lebih kurang dalam tempoh setahun sahaja.

INGAT! Perkara yang paling penting jika anda ada mentor adalah, mentor tersebut akan memberi anda jalan pintas untuk capai apa yang anda nak. Mentor pastinya akan tunjukkan cara yang beliau sudah gunakan dan pastinya sudah terbukti berkesan..

Beliau takkan biarkan anda melakukan kesilapan yang sama seperti yang beliau pernah lakukan dulu.

Apapun, yang paling penting adalah, anda kena terus-menerus POSITIF dengan diri anda dan syukuri segala apa yang berlaku dalam diri anda. Setiap apa yang berlaku itu ada SEBAB dan MANFAATNYA. Lihatlah setiap kesilapan itu sebagai GURU yang mengajar kita agar kita melakukan perkara yang sama.

Baik, itu sahaja, semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada anda.

Perkara Asas Branding Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Bisnes

$
0
0

Perkara Asas Branding Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Bisnes

Branding ataupun “penjenamaan produk” adalah aspek yang sangat penting dalam strategi bisnes, tidak kira bisnes besar, kecil, retail, dan sebagainya.

Apa Maksud ‘Branding’ Ini Sebenarnya?

Ringkasnya begini, jenama anda adalah apa yang anda janjikan untuk pelanggan anda. Ia adalah apa yang mereka boleh harapkan daripada bisnes anda.

Contohnya, jika kami di Sifufbads, kami menyediakan SERVIS internet marketing dan janji kami kepada pelanggan adalah untuk berkongsi dan memberi tip-tip yang TERBUKTI berkesan supaya mereka dapat TINGKATKAN jualan dengan menggunakan Facebook Ads.

Selain itu, brand bisnes itu datangnya daripada diri anda sendiri, siapa anda pada masa akan datang, dan siapa anda pada sudut pandang orang luar?

Adakah anda orang yang pakar dalam bidang yang anda ceburi? Atau adakah anda orang yang sudah berpengalaman, atau orang yang memang boleh diharap untuk melakukan servis yang anda sediakan?

Kenalkan brand bisnes anda melalui KARAKTER diri anda.

Strategi Asas ‘Branding’

Ini yang perlu anda rancang untuk berkomunikasi dan sampaikan mesej brand anda.

Strategi Asas 'Branding'

Apakah STRATEGI pemasaran yang anda tetapkan? Apakah SISTEM pengagihan produk dan servis yang anda hasilkan? Percaya ataupun tidak, cara anda berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan juga merupakan strategi yang boleh memberi KESAN yang positif kepada brand anda.

Semakin KONSISTEN usaha penjenamaan terhadap sesuatu produk itu, semakin bertambah NILAI yang dibawa jenama tersebut. Apabila jenama anda semakin tinggi nilainya, audiens akan sanggup melaburkan wang mereka untuk jenama anda, walaupun ianya mahal daripada produk yang sama jenis dengan produk yang anda sediakan.

Semuanya kerana BRAND anda.

Contoh yang paling mudah adalah, produk sukan jenama Nike. Mereka tidak menjual kasut semata-mata. Mereka menyampaikan nilai berbentuk EMOSI kepada audiens agar mempunyai perasaan yang berlainan dan lebih bersemangat untuk bersukan apabila menggunakan kasut jenama Nike. Bagi mereka, ciri-ciri istimewa yang ada pada kasut itu bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan produk mereka terjual.

Kenali Brand Anda

Perjalanan untuk mengenali brand anda sama seperti perjalanan untuk anda KENALI diri anda sendiri. Boleh jadi ianya sangat menyulitkan, banyak memakan masa, dan memenatkan. Di bawah ini merupakan beberapa soalan yang anda perlu tahu jawapannya jika anda ingin kenal brand anda..

Brand Concept Blackboard

Contoh soalan-soalannya:

  • Apakah misi syarikat anda?
  • Apakah faedah, ciri-ciri, dan manfaat produk/servis anda?
  • Apakah yang pelanggan dan prospek anda fikir pada syarikat anda?
  • Apakah nilai dan kualiti yang menyebabkan mereka untuk bergaul dengan syarikat anda?

Buat KAJIAN terhadap persoalan-persoalan di atas. Ambil tahu mengenai keperluan, tabiat, dan keinginan pelanggan anda. Apa yang yang membuatkan mereka mahu beli daripada anda?

Jangan terlalu fokus kepada apa yang anda rasa mereka fikirkan. Tetapi, anda kena tahu sebetul-betulnya perkara apa yang mereka fikirkan.

Apa Nak Buat Bila Dah Kenal ‘Brand’ Anda?

Apabila anda dah kenal brand anda, persoalan seterusnya adalah, bagaimana pula anda mahu sampaikan mesej produk kepada audiens?

Di sini saya sediakan beberapa cara ASAS dan MUDAH untuk anda kenalkan brand kepada orang ramai:

1) Dapatkan logo yang sesuai. Letakkan di setiap tempat dan media sosial yang anda ada. Letakkan logo di bahagian Profile Picture dan Timeline Facebook.

2) Kongsikan tips atau kata-kata motivasi secara harian. Ia boleh dikongsikan dalam bentuk gambar, text, video dan sebagainya.

3) Bina satu tagline. Jadikan ia mudah diingati dan mempunyai makna yang tersendiri. Buat seringkas yang mungkin. Semasa menulis post di fanpage, letakkan tagline anda dalam bentuk hashtag.

4) Jujur dengan produk dan servis yang anda sediakan. Jika produk itu boleh mencerahkan wajah, pastikan ia benar-benar berkesan. Jika servis anda boleh meningkat jualan pelanggan sebanyak 100%, maka pastikan ia benar. Pelanggan tidak akan kembali kepada produk anda jika anda tidak jujur dengan brand anda.

5) Konsisten. Sengaja saya letak poin ini akhir sekali kerana ia sangat penting serta melibatkan kesemua poin-poin di atas. Jika anda tidak mampu konsisten dalam praktikkan keempat-empat cara di atas, cubaan untuk anda kenalkan brand anda kepada orang ramai mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk gagal. Kerapkan melabur MASA dan TENAGA untuk brand anda.

Ini adalah langkah-langkah asas bagi sesiapa yang ingin tahu mengenai branding. Anda juga boleh rujuk artikel di bawah jika anda mahu tahu lebih lanjut berkenaan branding yang seterusnya..

Semoga bermanfaat..

Cara Guna ‘SWOT Analysis’ Yang Betul Untuk Bisnes Anda

$
0
0

Cara Guna 'SWOT Analysis' Yang Betul Untuk Bisnes Anda

SWOT Analysis merupakan TEKNIK yang digunakan untuk memahami KEKUATAN dan KELEBIHAN bisnes anda. Ia juga digunakan untuk kenal pasti PELUANG dan ANCAMAN yang bisnes anda bakal hadapi.

Dalam artikel kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk menggunakan teknik SWOT Analysis dalam bisnes anda. Ia sangat penting untuk anda membuat ANALISA mengenai bisnes anda dan pesaing anda.

Apa Itu SWOT?

SWOT ini adalah gabungan antara 4 perkataan dalam bahasa Inggeris yang membawa makna seperti berikut:

1) STRENGTH: Kekuatan dalaman yang ada dalam bisnes anda. Ia berada dalam kawalan anda.

  • Apa kelebihan produk anda berbanding dengan pesaing anda?
  • Apa aspek dalaman yang POSITIF yang memberi kelebihan pada bisnes anda?
  • Apakah sumber-sumber yang anda ada? Sikap pekerja yang positif, reputasi atau teknologi?

2) WEAKNESSES: Apa kelemahan dalaman yang memberi kesan yang buruk pada bisnes anda? Selepas kelemahan ini berjaya ditemui, ia perlu cepat diperbaiki. Anda perlu perbetulkannya untuk bersaing dengan pesaing anda.

  • Adakah bisnes anda bertapak di tempat yang kurang pelanggan sasaran?
  • Apa kekurangan bisnes anda?
  • Adakah bisnes anda mempunyai sumber yang terhad?
  • Apa yang perlu diperbaiki untuk mencapai objektif bisnes anda?

3) OPPORTUNITIES: Peluang merupakan faktor luaran yang boleh membantu bisnes anda menjadi lebih maju dan berjaya.

  • Apa peluang yang wujud dalam pasaran yang boleh anda dapat manfaat daripadanya?
  • Masih adakah peluang untuk produk anda dipasarkan pada waktu wang Ringgit Malaysia jatuh?
  • Adakah terdapat pertumbuhan pasaran baru atau ada perubahan yang lain di pasaran yang mewujudkan peluang?

4) THREAT: Ancaman ini boleh memberi RISIKO pada bisnes anda. Ia juga adalah faktor luaran dan anda tiada kawalan terhadapnya.

  • Siapa pesaing terbesar anda?
  • Siapakah pesaing yang sedia ada atau yang berpotensi anda?
  • Apakah faktor-faktor luar kawalan yang boleh meletakkan perniagaan anda berisiko tinggi?
  • Bagaimana pula dengan perubahan dalam tingkah laku pengguna, ekonomi, atau peraturan-peraturan kerajaan yang boleh mengurangkan hasil jualan bisnes anda?
  • Apa ancaman yang boleh mengganggu usaha pemasaran anda?

Berdasarkan kajian Barat, teknik SWOT ini amat sesuai dan FLEKSIBEL dalam membantu setiap jenis bisnes (termasuk bisnes anda) dalam proses membuat keputusan berkenaan strategi bisnes mereka, tidak kira kewangan, pemasaran, dan lain-lain.

Sebelum itu, mari kita FAHAMI betul-betul dahulu apa benda SWOT ni.

SWOT ini digunakan untuk mengenalpasti maklumat yang penting berkenaan bisnes, agar kita boleh melakukan ANALISI dan KAJIAN terhadapnya nanti.

Contohnya seperti, apa kelebihan bisnes kita berbanding pesaing kita? Apa peluang pasaran produk kita? Dan sebagainya.

Cara Menganalisis SWOT Secara Efektif

Memandangkan teknik ini boleh digunakan dengan pelbagai cara mengikut jenis PRODUK dan SERVIS yang anda sediakan, jadi saya akan kongsikan beberapa point penting yang boleh diaplikasikan dengan teknik ini.

Antaranya:

  • Menggunakan SWOT untuk membezakan antara bisnes anda SEKARANG, dan hala tuju bisnes pada MASA AKAN DATANG.
  • Jadikan kekuatan, dan kelemahan itu realistik dan serius. Elakkan unsur main-main dan tokok tambah perkara yang tidak perlu.
  • Jadikan ia SPESIFIK yang mungkin, masukkan kata kunci yang penting dalam bentuk poin yang ringkas.
  • KAITKAN antara kekuatan dan kelemahan untuk kenalpasti apa faktor yang menyebab bisnes anda boleh berjaya.
  • LABELKAN setiap poin itu mengikut tahap keutamaannya terhadap bisnes anda.
  • Jadikan ia seringkas yang mungkin. Lebih elok jika ianya tidak lebih daripada 1 muka surat.

Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats

Kebiasaannya, strengths dan weaknesses ini merupakan FAKTOR DALAMAN kepada bisnes yang kita boleh kawal. Opportunities dan threats pula adalah FAKTOR LUARAN yang kita tidak boleh mengawalnya.

Untuk lebih jelas lagi, ianya begini:

  • Strengths: faktor dalaman yang positif untuk satu organisasi itu, atau satu situasi, yang berada di dalam kawalan anda.
  • Weaknessess: juga merupakan faktor dalaman yang berada di bawah kawalan anda, yang sekaligus menghalang kemampuan anda untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
  • Opportunities: faktor luaran yang perlu ditambahbaik oleh organisasi tersebut.
  • Threats: faktor luaran yang bukan dibawah kawalan anda, yang boleh mmebuatkan projek atau organisasi anda berada dalam risiko yang tinggi.

SWOT_example

Cara Mengendalikan SWOT Analisis 

Untuk mendapatkan kesempurnaan dalam proses menganalisis SWOT ini, anda amat digalakkan untuk melakukannya bersama beberapa lagi kumpulan lain.

Contohnya, seperti pihak pengurusan bisnes anda, bahagian jualan, khidmat pelanggan, dan mungkin beberapa pengguna.

Antara manfaat lain aktiviti SWOT ini adalah, ia merupakan satu proses yang boleh membuatkan ahli-ahli organisasi anda semakin rapat antara satu sama lain, serta menggalakkan penyertaan mereka dalam memutuskan strategi bisnes anda.

Dalam membincangkan SWOT ini, saya menggalakkan anda untuk mengadakan sesi BRAINSTORMING untuk kenal pasti setiap satu faktor bagi 4 kategori tersebut. Antara langkah yang anda boleh lakukan adalah dengan membuka ruang kepada semua ahli untuk mengemukakan pendapat. Tiada istilah anda boss, hanya anda sahaja yang betul. Jangan sekat mana-mana idea yang timbul.

Selepas selesai BRAINSTORMING, buatkan satu draf minit mesyuarat yang direka KHUSUS untuk analisis SWOT. Senaraikan mengikut kepentingan prioriti masing-masing, daripada yang paling perlu dititikberatkan, dan yang mungkin anda boleh abaikan dahulu buat masa yang terdekat.

tows_small

Merancang Strategi Seterusnya

FASA analisis seterusnya adalah untuk mengambil poin-poin SWOT yang anda sudah lakukan tadi mengikut tahap kepentingannya. Kemudian, selepas anda selesai senaraikannya, anda jawab soalan-soalan di bawah:

1. Bagaimana anda menggunakan Strengths untuk mencari dan mendapatkan Opportunities?

2. Bagaimana anda menangani masalah Weaknesses yang menghalang anda daripada mencari dan mendapatkan Opportunities?

3. Bagaimana Strengths anda boleh mengurangkan risiko Threats?

4. Apa yang anda boleh buat dengan Weaknesses anda untuk mengurangkan Threats?

Apabila anda menjawab soalan-soalan ini, insyaallah anda akan mula memahami faktor luaran yang anda hadapi dalam bisnes dan cara bagaimana anda boleh mengatasinya.

Kesimpulannya

Analisis SWOT ini secara ringkasnya adalah untuk mengambil kesempatan terhadap kekuatan bisnes anda (S), menangani kelemahan (W), memanfaatkan peluang yang ada (O), dan mencegah segala ancaman yang mendatang (T).

Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti isu dan masalah yang paling penting dalam bisnes kita, menetapkan prioriti terhadapnya, menilai segala pilihan yang ada, dan mengambil tindakan keatasnya.

Anda juga boleh rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

SWOT

Panduan Cara Bina ‘Content’ Yang Baik Untuk Fans Anda

$
0
0

Panduan Menyampaikan 'Content' Yang Baik Di Fanpage Anda

Anda pernah dengar tak mengenai Content Marketing? Biasa buat tak? Kena tak tahu langsung? Pe benda Content Marketing ni?

Content Marketing adalah membina dan berkongsi informasi yang BERNILAI secara percuma kepada audiens. Ia digunakan untuk menarik dan tukarkan dari prospek ke pelanggan, akhirnya menjadi pelanggan setia. Jenis content yang anda kongsikan mestilah berkaitan dengan produk yang anda jual. Maknanya, anda EDUCATE fans anda supaya mereka PERCAYA, KENAL dan SUKA berurusan bisnes dengan anda.

Content marketing telah pun menjadi perkataan biasa dalam dunia online bisnes sekarang ini. Teorinya mudah, anda suarakan pendapat anda dalam industri yang anda ceburi, seterusnya berikan perkongsian yang bagus dan bernilai agar audiens suka untuk berkomunikasi dengan brand anda.

Maknanya, anda tulis perkongsian yang bermanfaat pada dinding Facebook, atau fanpage anda, dan jika perkara itu sesuai dengan audiens yang anda ada, mereka akan lebih SETIA dan PERCAYA dengan brand anda..

.. tetapi, dari segi praktikalnya, ia bukanlah  perkara yang boleh dilakukan dengan mudah. Ia memerlukan usaha yang berterusan untuk membina audiens dan menghasilkan content yang baik. Jadi, oleh kerana itu, kami ingin memberikan 5 cara untuk menyampaikan content bisnes anda dengan lebih baik.

1. Kenali Audiens Anda

Langkah ini sering diabaikan oleh ramai orang. Mereka tak kisah pun sesiapa yang berada di dalam circle mereka. Sedangkan, antara target utama untuk memperkenalkan brand mereka adalah kawan-kawan yang mereka ada di Facebook.

Untuk komunikasi yang baik, anda perlu jaga mereka elok-elok dan beri perkongsian yang bermanfaat. Biasanya, mereka akan suka apa-apa jenis perkongsian sekalipun, asalkan ianya tidak menjurus kepada hal-hal negatif. Contohnya, mengutuk, menyebarkan fitnah, dan sebagainya.

Content yang anda kongsikan mestilah ada kaitan dengan niche fanpage anda. Jika anda lebih kepada Internet Marketing, berikan berita terkini mengenai apa yang baru mengenai teknik-teknik fb ads.

Begitu juga jika anda menjual tudung, kongsikan info-info yang berkaitan dengan tudung.. asalkan ia tak lari dengan niche fanpage. Contohnya, jika anda jual tudung, tetapi anda asyik kongsikan perihal hartanah. Agak pelik kan?

2. Ikut Jadual

Anda tak digalakkan untuk post di fanpage anda sesuka hati sahaja.

Contohnya, hari ini, anda 2 post serentak pada jam 9 pagi. Esoknya, 3 post serentak pada jam 2 petang. Seeloknya, anda pelbagaikan tempoh masa untuk post di fanpage. Buat JADUAL yang tetap untuk setiap post. Pilih waktu-waktu yang digelar ‘peak-hour‘ ketika fans anda aktif bersosial.

Antara waktu-waktu yang mungkin anda boleh gunakan adalah pada jam 9 pagi, 12 tengahari, 3 petang, 5 petang, 9 malam, 11 malam. Setiap satu waktu, satu post. Jangan terlalu gopoh ingin kongsikan banyak perkara dalam satu masa. Simpan sikit untuk waktu yang seterusnya, sebab, kita inginkan RESPON yang konsisten daripada audiens, bukannya hanya sementara sahaja.

Closeup calendar page with drawing-pins

Jadi, tetapkan bila anda mahu post di fanpage anda dan sentiasa ikut jadual tersebut.

3. Jadi Lain Daripada Yang Lain

Jika anda bekerja di industri yang umum, seperti produk makanan, kecantikan dan pakaian, anda perlu menjadi unik dan berbeza daripada produk lain. Anda tak perlu ubah produk anda jadi pelik sehingga orang tak dapat bezakan yang ni tudung atau kain sarung.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, wujudkan keunikan daripada segi sudut pandang anda terhadap produk tersebut, dan cara anda sampaikan informasi mengenai produk tersebut. Berikan sesuatu yang fun, kreatif, dan pada masa yang sama, mempunyai kualiti yang bagus.

Contohnya, produk anda adalah kek coklat. Anda cuba ubah dan datangkan keunikan dengan cara anda interaksi dengan audiens.. anda lebih sempoi dan mesra dengan pelanggan. Anda juga KERAP berinteraksi dengan mereka secara online dan offline.

Ringkasnya, mula-mula.. anda kenal pasti perkara apa yang audiens perlukan, kemudian, kaji apa KEKURANGAN yang ada pada pesaing anda. Lepas anda dah jumpa, gunakanlah kekurangan tersebut sebagai keunikkan bisnes anda. Anda boleh menggunakan SWOT Analysis untuk mengkaji kekurangan bisnes pesaing anda.

Contohnya, perkhidmatan servis yang baik dan tangkas, caj post laju percuma, dan sebagainya.

4. Belajar Daripada Pakar

Berikan diri anda masa untuk pergi berjumpa MENTOR atau otai dalam industri bisnes anda. Luangkan masa bersama mereka, pergi seminar dan baca buku mereka. Follow perkongsian mereka di Facebook.

social-business-expert-620x250

Anda perlu sentiasa KEMAS KINI mengenai hal-hal semasa berkaitan bisnes.

Orang yang berpengalaman ini ada banyak perkara yang mereka mahu kongsikan, yang penting anda kena tanya soalan yang betul. Jangan risau, biasanya mereka tidak kedekut pun untuk berkongsi. Yang penting, anda mahu belajar dan berani bertanya.

5. Gambar, Gambar, dan Gambar!

Dalam era sosial media yang padat dengan maklumat ini, ramai orang akan terlepas informasi yang ingin kita sampaikan. Biasanya, kita pun scroll je News Feed Facebook sebab banyak sangat orang update status. Jadi, untuk tarik perhatian audiens yang terhad itu, masukkan sekali gambar yang sesuai. Mereka akan lebih mudah untuk menyerap maklumat yang ingin kita sampaikan jika kita sediakan content dalam bentuk gambar.

1

Oh ya, jika anda mahu sertakan video juga lebih baik.. tetapi, jangan spam wall anda dengan video dan gambar sahaja. Anda perlu KREATIF dalam mengendalikan fanpage anda. Fikirkan bagaimana nak jadikan fanpage anda seronok untuk dikunjungi oleh fans anda.

Kesimpulannya…

Semakin hari, semakin ramai pengguna Facebook di dunia. Ini bermakna usahawan Facebook juga akan bertambah. Oleh sebab itu, ianya lebih mencabar untuk kita sampaikan content dalam bentuk yang boleh menarik perhatian audiens.

Pastikan anda berikan maklumat dan perkongsian yang bermanfaat untuk mereka. Sampaikannya dalam bentuk yang UNIK dan kerap luangkan masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Dengan cara ini, mereka akan suka dengan brand anda seterusnya menjadi pelanggan setia bisnes anda.


7 Tips Bagaimana Menjadi Penulis ‘Content’ Yang Baik di Facebook

$
0
0

7 Tips Bagaimana Menjadi Penulis 'Content' Yang Baik di Facebook

Menulis merupakan skill yang penting untuk menghasilkan pemasaran yang berkesan.

Untuk merangka strategi untuk sesuatu kempen iklan, anda perlu MENULIS!

Untuk mempromosikan produk guna Fb Ads, anda perlu MENULIS!

Untuk elakkan anda dari terlupa perkara yang penting, anda perlu MENULIS!

Jadi, sangat rugi anda tak kuasai skill penulisan walaupun anda sebenarnya MALAS menulis!

Percaya atau tidak, masih ramai orang di luar sana yang tak pandai menulis walaupun sepucuk surat! Alangkah bagusnya jika mereka suka bertanya, “Bagaimana saya nak jadi penulis yang baik?”, berbanding cepat putus asa dan terus membelenggu diri dengan mensia-siakan potensi diri yang ada.

Menulis ini pada pandangan saya adalah satu skill yang sangat penting bagi setiap komunikasi dalam bisnes.

Oleh itu, kepada anda yang mahu belajar, ataupun ingin melatih diri untuk menulis, saya ingin kongsikan 7 Tips Bagaimana Untuk Anda Menjadi Penulis Yang Baik di bawah…

1. Tambahkan Bahan Bacaan

Untuk menulis sesuatu content, anda perlu banyakkan membaca…

Semakin banyak anda membaca, anda akan semakin biasa dengan intonasi bercerita dalam menerangkan isi-isi dalam penulisan anda.

Jika anda lebih suka menulis berkenaan tip-tip ringkas, anda boleh rujuk kepada bahan bacaan yang berbentuk artikel. Jangan risau, ada banyak sangat artikel-artikel yang bagus bertebaran di internet. Contohnya seperti blog Sifufbads.

Gabungan antara membaca dan menulis ini memang terbukti berkesan. Ianya akan mempengaruhi cara anda menulis dan seterusnya menambahbaik corak dan gaya penulisan anda.

2. Menulis 1 Jam Sekali

Sekejap, poin ke-2 ini bukanlah bermaksud anda mesti menulis 24 kali dalam sehari. Apa yang penting adalah, anda perlu KERAP MENULIS.

PRACTICE, PRACTICE, and PRACTICE!

Anda tidak boleh terus menjadi penunggang motor yang hebat melainkan anda kena selalu berlatih di litar lumba motorsikal. Sama juga seperti menulis. Anda perlu KERAP menulis!

Cari sahaja apa-apa perkara yang anda minat. Contohnya tips nak jadi pelajar terbaik ke, atau tip main congkak, tip cantikkan bulu kucing, dan sebagainya. Asalkan anda mula menulis.

Untuk permulaan, anda boleh cuba buat 1 muka surat dulu menggunakan Notepad atau Microsoft Word, kemudian boleh tambahbaik ke muka surat yang ke-2 dan seterusnya.

3. Ringkas Tapi Padat

Penulisan yang terlalu panjang boleh buatkan pembaca PENAT. Jadi, anda perlu menulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah dibaca. Ringkas di sini bermaksud PADAT! Kandungan penulisan anda mestilah padat dengan info-info yang audiens inginkan..!

Bukannya tulis ala kadar je. Nanti pembaca juga akan bosan baca tulisan anda..

Seeloknya, anda jadikan penulisan anda seringkas dan sejelas yang mungkin. Bagi penerangan dan contoh itu bagus, tapi jangan terlalu meleret. Jika isi yang disampaikan itu ringan, tidak perlu penjelasan yang berlebihan.

Selebihnya anda boleh sambung dalam SIRI seterusnya.

Ini TIPS dari saya, menulislah seperti kita sendiri yang jadi pembacanya..

4. Berfikiran Terbuka

Percaya atau tidak, tak semua orang suka makan di KFC dan Pizza Hut.

Mengapa? Sebab masing-masing ada citarasa tersendiri..

Jadi, anda jangan terlalu defensif dengan segala komen dan kritikan yang diberi. Segala maklum balas yang ditujukan kepada hasil penulisan anda itu mempunyai pengajaran yang berharga.

Percayalah, tiada orang yang beri komen untuk menjatuhkan anda (kecuali orang yang memang hidup dalam dunia negatif). Setiap orang ingin bantu-membantu antara satu sama lain. Ambillah segala kritikan itu dengan hati yang terbuka dan tingkatkan usaha untuk jadi lebih baik.

5. Masukkan Unsur Emosi

Sekali-sekala, masukkan sedikit unsur-unsur EMOSI dalam tulisan anda. Gayakan penulisan anda seperti sebuah cerita supaya pembaca tak bosan baca penulisan anda. Ingat! Manusia ini sangat suka baca cerita.

Tahukah anda, ramai orang suka baca penulisan dalam bentuk cerita.. lebih-lebih lagi jika anda menulis dalam blog atau ayat iklan untuk promosikan sesuatu produk.

Unsur emosi yang saya maksudkan adalah lawak, sedih, marah dan seronok.

Macam mana nak hasilkan penulisan yang beremosi? Mesti anda tak tahu kan?

Ok, saya beri tips mudah. Anda perlu menulis seperti anda bercakap dengan audiens, bagaimana anad bercakap.. macam tulah anda tulis. Susah ke?

Saya rasa cara ini lagi mudah sebab anda tak perlu belajar universiti pun. Anda hanya perlu menulis dari hati.

Nak contoh..?

Anda boleh baca kisah-kisah inspirasi student Sifufbads DI SINI..

Lihat bagaimana mereka menulis, sempoi je.. bukan saya yang tulis tau!

6. Tulen, Asli, Original

Setiap orang mempunyai skill penulisan yang UNIK. Anda boleh gambarkan profil anda dengan hanya menulis mengikut rentak sendiri. Orang lain pun boleh kenal pasti yang anda penulis sesuatu artikel tersebut apabila anda ada gaya penulisan tersendiri.

Jadi, jangan takut untuk menulis ikut STYLE sendiri. Jangan COPY PASTE hasil penulisan orang lain. Anda sudah pasti tidak mahu buatkan pembaca rasa yang tulisan anda itu palsu, dan diciplak daripada tulisan individu yang anda tiru stylenya.

Walaubagaimanapun, style ini tidak akan datang dengan mudah. Anda perlu KONSISTEN menulis dan kenal pasti jenis penulisan yang anda selesa. Mungkin anda cenderung kepada penulisan berbentuk formal, mungkin dalam bentuk otai, garang, manja, dan sebagainya.

Jadi, kerapkan latih diri untuk cuba menulis dalam pelbagai jenis penulisan.

TAK RUGI MENCUBA

7. Percaya Kepada Diri Anda

Ini adalah jawapan yang paling saya suka beri kepada sesiapa yang tanya soalan, “Bagaimana saya boleh jadi penulis yang baik?”

Anda tidak akan berupaya untuk lakukan apa-apa melainkan anda percaya pada diri anda. Nak makan pun perlukan rasa percaya yang anda boleh makan makanan tersebut.

Ya, mungkin betul bahawa rasa takut dan rendah diri dengan penulisan yang kita hasilkan itu tidak dapat dielakkan.

TETAPI…

Anda boleh mengubahnya dengan buat tak tahu sahaja apa respon umum terhadap penulisan anda. Jangan sesekali terikut dengan emosi negatif yang membawa keburukan kepada diri sendiri. Jika anda tidak tekan butang publish artikel anda, siapa lagi yang akan tekankan untuk anda? Ibu anda? Adik anda? Sudah pasti tidak..!

Jadi jangan biarkan tanggapan negatif anda itu mensia-siakan bakat yang terpendam dalam diri. Siapa tahu, mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi anda mampu menjadi penulis yang hebat!

Bertindak Sekarang!

Anda boleh jadi penulis yang hebat jika anda mahukannya. Anda boleh jadi copywriter yang berpengaruh jika anda mahukannya. Anda boleh membuatkan pembaca beli produk dengan iklan anda jika anda mahukannya.

Walaubagaimanapun, semua di atas ini tidak akan diperolehi tanpa USAHA dan ILMU yang cukup. Dan, ia juga tidak akan diperolehi jika anda tidak MULA SEKARANG!

Cara ‘Follow Up’ Prospek di WhatsApp

$
0
0

Cara 'Follow Up' Prospek di WhatsApp

Bagaimana cara nak tukarkan prospek kepada pembeli..?

Caranya adalah anda perlu FOLLOW UP prospek menggunakan teknik yang betul sehingga mereka bertukar menjadi pembeli..

Siapa prospek ni?

Prospek adalah orang yang sudah berminat nak dapatkan produk yang kita jual, tapi atas sebab-sebab tertentu.. mereka terpaksa TANGGUHKAN niat mereka untuk membeli produk anda.

Apa pula follow up?

Follow up adalah satu tindakan untuk memujuk prospek yang berminat dengan produk kita tapi masih belum membuat pembelian.

Biasanya, ada 5 cara yang boleh kita gunakan untuk follow up..

  • PM
  • Whatsapp/SMS
  • Emel
  • FB Ads
  • Telefon

Setiap cara di atas menggunakan teknik follow up yang berbeza, tapi objektifnya tetap sama.. nak tukarkan prospek jadi pembeli.

Dari 5 cara di atas, saya syorkan anda untuk pilih WhatsApp.

Kenapa WhatsApp?

Sebab saya pasti, ramai orang di Malaysia gunakan WhatsApp dalam kehidupan harian mereka. Saya boleh katakan, itulah cara paling MUDAH dan JIMAT untuk berinteraksi dengan prospek. Mereka juga pasti lebih selesa menggunakan WhatsApp berbanding cara lain..

Kenapa kita perlu follow up prospek?

Kita dah keluarkan kos iklan untuk dapatkan prospek, agak rugi kalau kita asyik mencari prospek baru. Dari 1000 prospek yang kita dapat, berapa banyak yang kita boleh tukarkan kepada pembeli?

10 orang..?

100 orang..?

Lebih banyak, lebih baik!

Kita dah dapat JIMATKAN banyak kos iklan dan tingkatkan keuntungan bisnes.

“Saya dah follow up banyak kali, tapi takde pun orang beli”

Itu mungkin sebab cara anda follow up tu salah!

Nak follow up pun ada caranya, bukan ikut suka hati anda je!

Dalam artikel ni, saya nak tunjukkan cara  follow up yang betul menggunakan Whatsapp.

Ini Contohnya..

Ada prospek Whatsapp anda..

“Salam, saya berminat”

Ini jawapan yang anda boleh beri..

“As salam Puan Minah.

Saya Wawa, dari page KRIM AAA. Terima kasih kerana PM.

HARGA SEBENAR “KRIM AAA – RM200

HARGA PROMOSI – RM 150 SAHAJA

Harga Promosi akan TAMAT pada 2 Okt 2014.

Dengan kos PELABURAN RM150, puan akan dapat;

1) 3 TIUB KRIM AAA

2) PERCUMA TUALA AAA

3) PENGHANTARAN PERCUMA

Puan BERMINAT dengan tawaran promosi ini?”

Selepas sejam

Tanya pada prospek sama ada mereka masih berminat nak dapatkan produk anda atau tak. Ceritakan semula apa offer yang anda berikan pada mereka.

“Salam puan, sori ganggu..

Macam mana dgn OFFER Krim AAA yg kami berikan tadi, sis BERMINAT?

Sila respon walaupun dgn perkataan “Tidak”. TQ sis

Selepas 24 jam

Update info terkini mengenai produk anda. Berapa kuota yang tinggal? Bila tarikh offer anda akan tamat? Lebih baik anda berikan offer jika prospek buat bayaran pada waktu juga.

“As salam Puan,

Saya nak maklumkan HARGA PROMOSI KRIM AAA bakal tamat esok. Stok pun tinggal sikit lagi.

Puan jadi nak order?

Jika jadi, boleh saya tahu BILA puan nak buat bayaran ye?”

Waktu Gaji

Waktu gaji adalah waktu WAJIB untuk anda follow up. Kalau boleh, cuba pujuk prospek untuk bayar pada hari tu juga.

“Salam puan, sori ganggu…

Hari tu ada bro ada tanya pasal KRIM AAA kan?

Saya just nak inform, harini LAST DAT PROMOTION!

Kalau puan buat bayaran sebelum jam 10 mlm ni, esok jugak kami post barang puan..
Lepas dari offer ni, kami dah tak terima.

So, puan masih berminat?”

Ini antara strategi yang boleh anda gunakan untuk follow up prospek. Jangan terlalu kerap buat follow up! Nanti mereka akan lari dari anda dan beli dari peniaga lain, anda dah rugi 1 pelanggan.

Kalau 10 orang lari? Berapa banyak anda dah rugi?

Kalau kos dapatkan 1 pelanggan adalah RM5.. means, anda dah rugi RM50!

Sebab tu, jangan paksa prospek beli produk anda. Cari masa yang sesuai untuk follow up, guna cara yang berhemah..

Di bawah ni saya berikan beberapa tips follow up..

Tips follow up;

  • Mulakan dengan ayat pengenalan; Salam bro, Salam sejahtera bro..
  • Sebut nama prospek yang bertanya; As salam Puan Minah..
  • Perkenalkan siapa anda yang menjawab pertanyaan prospek.
  • Akhiri jawapan anda dengan pertanyaan; Bro masih berminat?
  • Jangan ulang info pada post ketika menjawab soalan. (ciri-ciri, manfaat produk)
  • Gunakan gambar testimoni untuk yakinkan prospek dengan jawapan anda.
  • Tulis maksima 5 baris bagi setiap perenggan.
  • Gunakan emoticon yang sesuai supaya prospek tak rasa bosan bersembang dengan anda.
  • Akhiri jawapan anda dengan soalan.

Kesimpulannya, jangan terlalu banyak keluarkan kos untuk dapatkan pelanggan baru. Jaga pelanggan sedia ada. Keuntungan bisnes kita perlu banyak bergantung pada pelanggan sedia ada. Jelas?

Sasaran ‘Sales’ Mestilah Realistik!

$
0
0

Sasaran sales mestilah realistik

Ramai antara kita ni sering melihat kejayaan-kejayaan orang lain dalam FB Ads marketing, menjual pelbagai produk.

..Ada menjual produk kesihatan,

..Ada menjual produk kencantikan,

..Ada jual gajet,

..Ada jual makanan,

Dan sebagainya!

Sales ratus ribu! Sales puluh ribu sebulan! Sehari untung RM10k? Hanya di facebook saja!

Anda boleh baca kisah-kisah student SifuFBads yang dah berjaya DI SINI.

Sales 5 hingga 6 angka sebulan! Tengok macam tak percayer, tapi itulah REALITI.

Yang kita pula sebagai orang baru, memang terasa “sentap” bila orang tunjukkan kejayaan mereka dalam bisnes di facebook.

Hati rasa terbakar..

“Orang lain boleh, kenapa aku TAK BOLEH?”, suara dalam hati kedengaran.

“Kak M tu boleh dapat 500k sebulan dengan jual produk orang lain (Sebagai agen), kenapa aku tak boleh?”, kata-kata motivasi dalam hati semakin berkobar-kobar.

Disebabkan INSPIRASI dan MOTIVASI dari kejayaan orang lain, kita kebanyakkannya terus mengambil tindakan, dengan harapan nak capai seperti apa yang orang lain capai. Dan kita terus letakkan sasaran awal, seperti contoh di bawah:

“SASARAN SALES AKU BULAN NI, BAGI PRODUK NAIKKAN KETINGGIAN INI RM100K”

Sasaran yang baik, mantop dan marvellous..

Setiap usaha, kerja, mesti ada SASARAN..

landing-page-copywriting21

Orang ada berkata,

“DENGAN LETAKKAN SASARAN, IANYA AKAN GUIDE DAN BANTU KITA BERUSAHA GIGIH UNTUK CAPAINYA”

Betul tu…

SifuFBads sendiri juga sentiasa letakkan sasaran dalam apa jua yang dilakukan. Termasuk juga dalam menjual.

Anda juga kena letakkan sasaran! Termasuk la sasaran dalam penjualan di facebook.

Tapi, satu soalan dari saya, untuk saya sendiri dan juga mungkin anda;

ADAKAH SASARAN ANDA REALISTIK?

Hohohoho..

  • Sasaran dah ada, tapi realistik atau tidak?
  • Mampu capai ke tidak?
  • Ada ilmu ke tidak?
  • Ada pengalaman ke tidak?
  • Apa strategi dan teknik untuk capai sasaran? Ada?
  • Ada bajet ke?

“Ada orang terus keluarkan bajet besar, puluh ribu, ratus ribu dengan harapan boleh untung besar di FB akhirnya KECUNDANG DENGAN MUDAHNYA. Sebab utama mereka SASARAN MEREKA TIDAK REALISTIK DENGAN KEMAMPUAN MEREKA”

Kita ORANG BARU! First time nak masuk dalam bisnes di FB, memang kita nak sukses jugak macam orang lain. Orang boleh, kita juga boleh!

Tapi untuk kita, yang baru.. yang berbeza dengan orang yang dah capai kejayaan tu, CUBA LIHAT DIRI KITA, ADAKAH KITA NI;

  1. ADA ILMU SEPERTI MEREKA?
  2. ADA PENGALAMAN SEPERTI MEREKA?
  3. ADA BAJET SEPERTI MEREKA?
  4. ADA MASA SEPERTI MEREKA?
  5. ADA LALUI PROSES SEPERTI YANG MEREKA DAH LALUI?

Kebanyakkan dari kita tidak miliki seperti APA YANG orang dah berjaya MILIKI dalam BISNES FACEBOOK. Mungkin kita ada hanya sedikit, ataupun sebahagian saja dari apa yang mereka ada.

think realistic

Jadi, untuk letakkan sasaran, takde masalah, tapi sasaran kita perlulah realistik dengan KEMAMPUAN DIRI KITA. Untuk menjadikan diri kita LEBIH BERKEMAMPUAN DALAM BISNES DI FACEBOOK INI, kita perlu;

  • DAPATKAN ILMU DULU!

Orang yang dah sukses dalam bisnes di FB tu bukannya buat-buat terus sukses. Diorang juga berusaha dapatkan ilmu. Belajar sana, belajar sini, cari tok guru sana, tok guru sini.. jumpa sifu sana, sifu sini dan macam-macam lagi. Untuk ilmu, memang kita kena berkorban masa, wang ringgit, tenaga…

  • DAPATKAN PENGALAMAN DULU!

Dah ada ilmu, dapatkan pengalaman dengan praktikkan apa yang dipelajari. Pengalaman adalah guru yang terbaik. Dari situ ianya akan bantu kita dapatkan teknik, strategi dan skill yang bersesuaian dengan diri kita, bisnes kita, pelanggan kita.

Dalam dapatkan pengalaman, adalah penting untuk rasai pengalaman KEGAGALAN SEBELUM KEJAYAAN. Dari KEGAGALAN, banyak yang bakal kita pelajari.

Contoh gagal semasa buat bisnes di Fb ads yang ramai orang alami adalah seperti klik tinggi sales tiada, komen banyak tapi takde beli, sms banyak beli kurang, tersilap buat bidding, duit habis dll.

Tapi dari pengalaman tu, kita perlu cari cara untuk elakkannya atau atasinya.

SALAH SATU KAEDAH BELAJAR TERBAIK, BELAJAR DARI MEREKA YANG DAH ADA PENGALAMAN. TUJUANNYA UNTUK KURANGKAN ATAU MINIMAKAN RISIKO KEGAGALAN.

Cara terbaik, dapatkan mentor.

Lalui proses untuk capai kejayaan FB Ads seperti kita menaiki tangga. Langkah demi langkah. Bukannya “naik escalator” terus sampai di atas. Orang hebat ada berkata, CEPAT KITA NAIK, CEPAT JUGA KITA JATUH. Ni banyak terjadi. Begitu cepat orang itu sukses, tanpa lalui proses-proses sepatutnya, cepat juga mereka jatuh. WAJIB UNTUK KITA LALUI “ANAK TANGGA” untuk sukses.

(Dr Amer Mydin ada berkata begini).

Dalam FB Ads marketing, sebagai permulaan kita boleh mula dengan letakkan sasaran REALISTIK sesuai dengan ilmu, pengalaman, kemampuan kita.

  • Kita mungkin boleh sasarkan RM1k sebulan dahulu sebagai sasaran awal. Dan kita cuba dalam masa sebulan itu bersungguh-sungguh untuk dapatkan income RM1k.
  • Bila dah tercapai, cuba gandakan sasaran kita untuk bulan berikutnya. Dari RM1k menjadi RM2k!
  • Dah capai RM2k, boleh letakkan sasaran besar sikit, iaitu RM4k.

Jangan SKIP! Kita menaiki tangga demi tangga.. step by step! Belajar sikit-sikit. Biar belajar sikit, tapi TINDAKAN banyak. Barulah kita tak mudah jatuh dan rugi di kemudian hari.

Jangan gatal-gatal nak letak sasaran tinggi kalau RM1k sebulan susah nak dapat!

Jika anda terus letakkan sasaran yang tinggi, dan tak dapat capainya.. anda pasti akan lebih mudah putus asa. Rasa nak give up! Lepas tu, salahkan orang lain. Orang macam ni lebih baik jangan buat bisnes! Lebih baik makan gaji jer..! Betul tak?

Biar buat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit…

Kalau sasaran tak capai pun, anda takde la rasa down sangat. Cuba check mana yang SILAP, kemudian PERBAIKI.

Buat benda ini berulang kali, sehinggalah anda berjaya capai apa yang disasarkan. Lama-lama, anda akan rasa ia adalah satu proses yang menyeronokkan. Serius!

.

.

Begitulah..

Sekadar sharing dari saya.

Rasa boleh terima, alhamdulillah. Tak boleh terima, tak setuju pun tiada masalah. Sharing dari pengalaman diri, pengalaman dari rakan-rakan seperjuangan, pengalaman dari ramai mentee-mentee dan student-student.

Nak Berjaya Dalam Bisnes Internet, Anda Perlu Ada…

$
0
0

Nak Berjaya Dalam Bisnes Internet, Kena Ada...

.. ILMU ?

Perlu ke ada ilmu untuk berjaya?

Eh..eh…eh! Bukan ke ILMU adalah penting untuk berjaya?

Ya, ilmu penting. Ramai orang yang berjaya dalam bisnes internet ni, bukannya kena ada ilmu power tahap gaban pun.

Mereka ada sedikit ilmu, tapi ianya dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh.

Ada orang, ada bermacam-macam ilmu. Pergi kelas sana, kelas sini, tuk guru sana, tuk guru sini, sifu sana, sifu sini, tapi tak berjaya-jaya juga. Banyak sangat ilmu kot, sampai jadi konpius.. sampai jadi OVERLOAD! 

Akhirnya, satu apa pun tak buat. Membazir masa dan duit je belajar macam-macam, tapi satu apa pun tak buat.

.. PENGALAMAN ?

Pengalaman juga penting. Tapi tak semestinya kena ada pengalaman, baru boleh berjaya.

Ramai je anak-anak muda, yang takde pengalaman atau kurang pengalaman yang berjaya. Mereka hanya belajar dari orang-orang yang dah berjaya. Mereka tak belajar semua benda pun.

Kebanyakkan kesilapan kenapa ramai anak-anak muda lambat berjaya dalam bisnes kerana mereka terlalu fokus pada belajar je,  tapi tindakan kurang.

Biar belajar sikit, tapi tindakan banyak.. barulah hasilnya pun banyak!

Jika ada pengalaman tu, ianya BONUS..

Lagi banyak pengalaman kita ada, lebih mudah untuk kita berjaya dalam bisnes.

Mana nak dapat pengalaman ni?

Semuanya adalah dari TINDAKAN!

.. MODAL BESAR ?

Bisnes di internet ni kan boleh mula dengan MODAL KECIL atau TANPA MODAL langsung.

Contohnya; affiliate, dropship, servis, pre-order..

Dengan strategi yang betul, kita dapat tingkatkan jualan dengan hanya modal kecil sahaja. Tak perlu buat pinjaman, dengan bermula secara kecil-kecilan.. kita perlu kembangkan secara berperingkat.

modal besar

Kalau ada modal besar pun, belum tentu akan bantu kita berjaya dalam bisnes internet.

Mungkin boleh buat kita bertambah rugi. Sebab takde ada strategi yang betul, sebab ilmu takde!

Bila ilmu takde, kita seperti langgar dinding. Takde arah dan panduan yang betul untuk bergerak ke depan. Ikut suka hati kita je nak buat apa. Akibatnya, kita juga yang terima kesannya.

Jadi, jangan takut untuk labur duit untuk ilmu. Ia adalah PELABURAN untuk jangka masa panjang.

So…

Apa jawapannya?

“NAK BERJAYA DALAM BIS INTERNET NI, KENA ADA.. SEBAB!

Ya, untuk berjaya dalam bisnes internet ni, anda perlu ada;

.. SEBAB UNTUK BERJAYA!

Mengapa anda perlu berjaya? Apa alasan anda kena berjaya?

BILA ORANG YANG BERJAYA DALAM BISNES INTERNET DI INTERVIEW

Didapati…

SEBAB YANG KUAT menjadi rahsia kejayaan mereka.

Antara sebab-sebab kenapa mereka mesti berjaya adalah;

  1. MEREKA MAHU UBAH HIDUP MEREKA (DARI SUSAH KE SENANG)
  2. MEREKA MAHU BANTU KELUARGA MEREKA..TAK MAU LIHAT KELUARGA SUSAH..
  3. MEREKA MEMPUNYAI MASA, WANG YANG LEBIH UNTUK LEBIHKAN AMAL IBADAT..(zakat, sedekah, wakaf, tolong anak yatim, dll)

sebab kenapa

Bila ada SEBAB ini, mereka akan mencuba sedaya upaya, bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan..

  • mereka akan mencari ilmu yang terbaik untuk mereka.
  • mereka akan berguru dengan guru yang terbaik.
  • mereka fokus dengan apa yang dibuat.. buat sampai jadi! Buat sampai habis! Bukannya sekerat jalan..
  • mereka tidak mudah berputus asa.
  • mereka BERANI MENCUBA..
  • mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan wang untuknya..
  • mereka sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya dipercepatkan mencapai kejayaan.

.

.

Inilah yang dapat saya share dari pengalaman saya sendiri, pengalaman pelajar-pelajar sifufbads, rakan-rakan seperjuangan, dari pembacaan buku-buku motivasi dan kejayaan, dari sifu-sifu, mentor-mentor..

Jemput share sekiranya anda rasa BERMANFAAT..

9 Kesilapan Besar Yang Sering Dilakukan Oleh “Owner” Bisnes

$
0
0

9 Kesilapan Besar Yang Sering Dilakukan Oleh Owner Bisnes

Kita sebagai manusia mmg tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Tapi, itu bukanlah satu kelemahan. Ia adalah satu pengalaman yg kita boleh jadikan pengajaran.

Sama juga owner bisnes. Nak buka syarikat sgt mudah, tapi berapa ramai yg dah berjaya dan pergi jauh?

Ia nampak je mudah, tapi ia sebenarnya perlukan masa, kerja keras, usaha dan komitmen utk bina syarikat yg berjaya.

Sebagai owner bisnes, saya nak kongsikan beberapa kesilapan yg biasa dilakukan oleh owner bisnes terutamanya yg masih baru. Supaya bisnes anda berjalan lancar, elakkan dari lakukan perkara berikut:

#1: Gagal merancang

Merancang strategi dalam bisnes sangat penting! Kerana ia adalah satu keperluan utama untuk menjayakan sesuatu syarikat. Tak kira la syarikat tu kecil atau besar, kita kena buat perancangan yang rapi.

planning

Ambil masa sekurang2nya setahun sekali untuk kaji semula segala perancangan strategi dan matlamat yang dah dibuat sebelum ini. Ini untuk memastikan syarikat tak lari dari tujuan asal. Jika kita gagal merancang, bermakna kita merancang untuk GAGAL!

#2: Takde plan marketing

Plan marketing yg berkesan dan konsisten mampu meningkatkan sales syarikat dgn pantas dan mudah. Marketing sgt penting utk tarik orang ramai kenali bisnes kita. Ada byk cara utk lakukan marketin:

  • ada secara online – Promosi di fb, google, blog, emel
  • ada secara offline – Promosi di radio, tv, newspaper, flyers, bunting

Semuanya bergantung kepada siapa sasaran pelanggan kita. Tanpa plan marketing yg betul, kita hanya akan buang masa dan duit sahaja. Duit marketing dah byk keluar, tapi hasilnya sangat menyedihkan.

Apabila marketing kita power, proses nak menjual akan jadi sangat mudah dan cepat. Orang tak fikir panjang, kita jual jer orang terus nak beli. Itulah pentingnya marketing!

#3: Lakukan semuanya sendiri

Semua kerja nak buat sendiri?

  • Buat marketing sendiri..
  • close sales sendiri..
  • bungkus barang sendiri..
  • Hantar barang sendiri..

Hebat! Sangat hebat..! Buat kerja sendiri pun dah boleh hasilkan sales yg lumayan.

Tapi, apa kata gajikan staff untuk buat kerja2 remeh tu. Kita sebagai owner bisnes hanya perlu fikirkan camner nak kembangkan bisnes. Leveragekan kerja2 tersebut pada staff supaya kita ada lebih masa untuk tumpukan perkara yang lebih penting.

#4: Tak berinteraksi dengan pelanggan sendiri

Komunikasi antara owner bisnes dgn pelanggan sgt membantu dlm membangunkan sesebuah syarikat. Dgn cara ini, kita akan dpt memahami apa yg pelanggan nak dan perlukan. Bila kita dpt selesaikan masalah pelanggan sedia ada, mereka akan setia dgn kita.

.

Jgn hasilkan produk yg kita rasakan pelanggan suka. Tapi, sebenarnya mereka tak berminat pun dgn produk kita tu. Kita hanya syok sendiri! Akhirnya, kita juga yg rugi.

Tanya pelanggan, buat survey.

..Apa masalah yg mereka hadapi skrg?

..Apa penyelesaian yg mereka mahu?

..Adakah mereka sanggup bayar jika masalah tersebut dpt kita selesaikan dgn harga RMxxx?

Dgn cara ini, kita akan dpt kekalkan hubungan baik dgn pelanggan utk jangka panjang.

#5: Rompak duit bisnes sendiri

Duit bisnes adalah duit bisnes. Kita tak boleh gunakannya sesuka hati. Jangan curi duit bisnes sendiri! Syarikat susah nak berkembang jika owner bisnes sendiri gunakan duit bisnes utk kepentingan diri. Jika dibiarkan, syarikat tu ada harapan utk ditutup!

.

Sebagai owner bisnes, kita hanya perlu ambil sikit duit bisnes tu untuk gajikan diri sendiri. Kalau tak camner nak sara hidup kita, kan?

Tapi, berapa nak letak gaji kita? Well, terpulang la nak letak berapa.. tapi, kena kira untung dulu. Lagi tinggi untung bisnes, lagi tinggi la gaji kita.

#6: Takde rekod cashflow syarikat

Setiap bulan, kita kena restock semula produk yang habis dijual. Jadi, kita wajib rekod segala duit keluar masuk dlm akaun syarikat.

..Jika transaksi online, kita boleh lihat di bank statement.

..Jika transaksi offline, kita perlu simpan resit. Barulah kita boleh tahu part mana yg paling banyak keluarkan/bazirkan duit.

cashflow

..Kalau banyak keluar duit utk buat marketing, kenapa?

..Kalau banyak keluar duit utk printing, kenapa?

Dengan cara ini, kita boleh cari jalan utk jimatkan kos2 yg tak diperlukan. Pengurusan cashflow perlulah sentiasa diurus dgn sistematik supaya mudah utk kita semak pada bila2 masa.

#7: Tak ambil kisah prestasi & kebajikan staff

Antara cabaran paling susah nak handle utk pemilik bisnes adalah utk menjaga kebajikan staff. Pemilik bisnes tak boleh hanya fikirkan kepentingan syarikat dan abaikan staff. Moral dan motivasi staff sgt penting utk tingkatkan produktiviti syarikat.

.

Jika pemilik bisnes gagal bab ni, susah bisnes tersebut utk berkembang.

Bila kita tak berikan layanan yg sepatutunya pada staff, kemungkinan besar mereka akan kerja sekejap jer dgn kita. Masuk harini, minggu depan berhenti kerja.. lari kerja syarikat lain.

Staff juga perlu dijaga. Jika ada untung lebih, berikan bonus pada staff yg layak. Barulah mereka akan lebih bersemangatdan suka nak bekerja dgn kita.

Ingat! Staff adalah ASET dlm syarikat kita.

#8: Database pelanggan tak disusun dengan rapi

Database adalah nyawa syarikat. Kita perlu susun dan asingkan mereka dgn sistematik.

Camner nak susun database ni? Ok, ni saya share cara paling mudah..

..buat database prospek,

..buat database pelanggan.

.

Utk database prospek, kita fokus utk tukarkan mereka kpd pelanggan. Utk permulaan, kita perlu educate mereka dgn info2 mengenai produk kita. Lama2, bila mereka dah semakin suka dan kenal kita.. mereka akan beli juga produk yg kita offer.

Utk database pelanggan, kita perlu jaga mereka. Merekalah yg paling berkualiti. Kita boleh offer mereka dgn harga yg lebih mahal. Lagi banyak database pelanggan, lebih tinggi keuntungan syarikat yg boleh dihasilkan.

#9: Tak cari ilmu untuk kembangkan bisnes

Utk kembangkan sesuatu syarikat, kita perlu berguru. Jika kita hanya mampu hasilkan sales RM5000 sebulan, bergurulah dgn orang yg dah hasilkan sales RM10k sebulan atau lebih.

kembangkan bisnes

Nak belajar sendiri? Boleh!

Tapi, hasilnya lambat.. sbb kita perlu lalui byk jalan yg salah utk capai matlamat tersebut. Jika kita ada guru, hasilnya akan lebih cepat. Guru akan tunjukkan apa yang perlu ubah dan baiki utk kembangkan bisnes kita.

.

.

Itulah antara kesilapan yg biasa dilakukan oleh owner bisnes.

Mmg seronok dpt buka syarikat sendiri.. rasa bangga tapi jgn gelojoh!

Nak bina satu syarikat perlukan perancangan yg rapi dan teratur. Nak bina satu syarikat yg berjaya bukannya mudah. Ia adalah proses yg mencabar! Kita kena berikan masa utk bisnes berkembang sikit2. Jgn terlalu laju, jgn terlalu lambat.

Cuba dptkan nasihat dari yg lebih pakar dlm bab bina syarikat. Insyaallah, segalanya akan berjalan dgn lancar!

SHARE jika anda dapat manfaat dari post ini..

5 Strategi Marketing Untuk Tingkatkan “ROI” Bisnes Anda

$
0
0

ROI vs Margin

ROI, anda semua mesti tau.. kan?

–> RETURN ON INVESTMENT..

Berapa anda dapat, dari apa yang anda laburkan.

..Labur RM10 utk fb ads, berapa pulangannya..

..Labur RM1000, berapa pula pulangannya..

NOTA : LABUR = KOS IKLAN

ROI mmg penting sesangat! Sebelum buat fb ads ni, consider ROI first…

Bukan terus buat ads!

Plan dulu akan ROI anda. ROI ni bakal tentukan untung bersih anda dari FB ni.

ROI ni patut ditentukan ketika anda mula2 nak pilih produk utk dijual di FB.

ROI banyak dipengaruhi oleh MARGIN UNTUNG PRODUK!

Jadi, anda perlu beri perhatian semasa..

..PEMILIHAN MARGIN UNTUNG PRODUK!

Tinggi margin, semakin tinggi potensi ROI nya..

Jom kita calculate skit..

Katakan anda di beri 2 pilihan produk. Produk A dan produk B.

PRODUK A

HARGA SEUNIT PRODUK – RM300

KATAKAN MARGIN UNTUNG – RM100

BUAT ADS PADA 23 JUN, HABIS RM10

PADA TARIKH TU, DPT 3 BUYERS..

ROI = (PROFIT – KOS IKLAN) / KOS IKLAN

= (RM100 (3) – RM10) / RM10

= 29

MAKSUDNYA – labur RM10 untuk iklan, pulangannya 29 kali ganda, iaitu untung RM290…

Kalau dlm % , darab je 100%, dapat la 2900%.. Pulangan 2900%

PRODUK B

HARGA SEUNIT PRODUK – RM30

KATAKAN MARGIN UNTUNG – RM10

BUAT ADS PADA 23 JUN, HABIS RM10

PADA TARIKH TU, DPT 3 BUYERS..
ROI = (PROFIT – KOS IKLAN) / KOS IKLAN

= (RM10 (3) – RM10) / RM10

= 2

MAKSUDNYA – labur RM10 untuk iklan, pulangannya 2 kali ganda, iaitu untung RM20.,.

Kalau dlm % , darab je 100%, dapat la 200%.. Pulangan 200%

Faham kan? Basic je ni…

Semakin tinggi MARGIN, semakin tinggi potensi ROI kita.

1) ORG BUAT SERVIS PASANG KABINET DAPUR, SENANG2 DAPAT ROI BESAR.. Labur iklan tak sampai RM100, dapat untung RM10k..

2) ADA YG JUAL RUMAH (PEMAJU), HABIS RM1k SEBULAN, dapat jual lebih 10 biji rumah berharga RM300k ke atas setiap satu., ROI? 3 angka beb..

3) JUAL PRODUK GAJET, RM100 MARGIN! Memang best la ROI nya..

4) Ada sorang, jual baju kurung, sehari buat iklan RM100, tapi dapat 100 helai sehari, dgn margin untung sehelai RM200. Berapa ROI nya? Cer kira..

  • HIGH MARGIN, HIGH ROI!
  • LOW MARGIN, LOW ROI!

“Camne nak tinggikan margin kalau produk saya mmg dah mcm tu harganya. TAK BOLEH LAH!”

RILEKS..

RILEKS..

RILEKS..

Ada jalannya, iaitu:

1) PAKEJKAN 

Jangan jual seunit, jual 3 atau lebih sekali dalam 1 pakej.

Ada sorang student saya ni, dia jual ubat minda. Satu botol RM30. Margin dia RM10++! Tiap kali orang beli, orang beli sebotol la.. disebabkan itu, ROI nya RENDAH!

Saya advise pada dia;

” Ustat, pakejkan ubat minda tu.. bila org nak beli, jgn jual satu botol. Tapi jual 3 botol terus! Org tya di pm/wassap, trs bgtau harganya RM90.. Kalau org nak beli sebotol, ckp tak jual sebotol.. Ckp kita ni jual 3 botol trus.. Nak beli juga sebotol, harganya RM50″

Dia ikut advise saya…

Dan resultnya boleh dilihat serta-merta, Sales sebulan dlm RM3K NAIK JADI LEBIH RM150k dalm masa bbrapa bulan slps tu..

2) BUAT PILIHAN PAKEJ

Boleh jugak! Bagi orang buat pilihan. Buat sekurang2nya 2 pakej pilihan..

Katakan anda jual shampoo.. Shampoo harga RM40. Margin RM20. Kecik jugak tu.. Camne nak tingkatkan margin? Buat pakej pilihan..

1) Pakej A : RM300 – shampoo + tonik rambut + gel antiklumumur

2) PAKEJ B : RM200 – Shampoo + tonik rambut

3) PAKEJ C : RM50 – Shampoo sahaja

Bila diberi pilihan macam ni, prospek berpotensi juga utk membeli pakej2 yg ditawarkan.. Kan dlm hierarcy of need – “manusia mahukan kepelbagaian/pilihan”.

3) GUNAKAN STRATEGI “MULTIPLE SOURCE OF INCOME”

Bina proper SALES FUNNEL.

Offer produk murah sebagai FRONT SALE. Kemudian boleh gunakan strategi UPSELL, BACK END SELL, CROS SELL, OTO.

Contoh,

Katakan anda jual produk rempah ayam madu. Katakanla harga RM10. Bila org dah setuju nak beli, buat UPSELL. Bagitau anda ada pakej tambahan.. Ada 7 lagi koleksi rempah – Rempah ayam bakar, rempah ayam penyet, rempah ayam golek, rempah ayam tandoori..ayam chicken rice shop, ayam lenyet, bla..bla..bla.. Harga sebenar RM100, tapi ada offer RM80 je..OFFER ni TERHAD utk 37 org terawal..

Tak ke ianya boleh tambah margin untung anda?

Margin naik kan, ROI pun naik!

4) JUAL BUNDLE/BULK

Anda boleh fokus jual pukal/jual group di fb ni. Jual satu2 untung kecik, boleh jual pukal.. Main kuantiti!

Ada student sifufbads, jual kain pasang, dia fokus jual by group. Maknanya org tak beli sepasang, tapi beli sedozen. Prospek yg berminat akan ajak member serumah ke, member sepejabat ke, jiran sblah rumah ke, beli bersama.. Dia tolong belikan utk kawan2! Dapat harga kira borong la…

Jual cadar, juga boleh offer pakej bundle, Kan kaum ibu suka sgt beli byak cadar.. Tiap hari kalau boleh, nak tukar cadar..

5) TARIK ORG DATANG KEDAI/PREMIS

Org dtg kedai, tiada kos pos laju, Betul tak?

Dan kalau orang dtg kedai anda, takkan dia datang sorang2. Contohnya kedai makan, pasti mereka dtg dgn family atau rakan2. Kat situ ROI naik,. Kalau anda jual kerepek sekalipun, anda boleh tarik diorang datang, dan suh la diorang beli lebih. Buat offer.. Buat pakej, gunakan upsell ke..

Untuk bisnes yg memerlukan org dtg ke kedai, ROI boleh diukur dalm masa 1 minggu – 1 bulan. First, lihat pertambahan pelawat dtg ke kedai slps 1 minggu buat iklan. Catatkan pertambahannya.. Untuk naikkan margin, bergantung pula pada skill anda memujuk pelanggan yg dah dtg kedai..

Kalau orang yg berpengalaman, bila ROI tinggi, mereka akan naikkan bajet iklan mereka. Bajet naik, trafik semakin naik, dan potensi PROFIT semakin meningkat..

Tu tak heran, bila..

..Ada orang buat ads sehari RM500

.. Ada RM1k sehari..

.. Ada RM5k sehari..

Mereka tau, ROI awal mereka. Mereka tau iklan mereka menguntungkan. Maka sebab tu mereka naikkan bajet..

  • BILA ROI TINGGI, BOLEH NAIK BAJET..
  • BILA BAJET NAIK, PELAWAT SEMAKIN BERTAMBAH..

DAN SUDAH PASTI NETT PROFITNYA JUGA AKAN SEMAKIN NAIK..

Sebenarnya ada lagi yang banyak mempengaruhi ROI ni selain daripada MARGIN UNTUNG. Ianya adalah CONVERSION. Mungkin saya akan share tentangnya dalam artikel lain.. NAK TAU KAN?

6 Kesilapan “Owner Bisnes” Sering Lakukan Semasa Promosikan Produk di FB

$
0
0

kesilapan

Iyer.. dah banyak page student SifuFBads sebelum ni yang kami terjah, kebanyakkan mereka memang KONFEM pernah buat kesilapan2 ni.

“Saya buat silap apa Sifu?”

Haa.. kejap lagi nak citer la ni. Sekarang ni rasa nak bebel jap…

Saya faham, kita manusia memang sentiasa buat silap. Selalu sangat! Sape sini tak pernah buat silap? Meh sini nak ketuk kepala! Hehe..

Tapi, jangan selalu sangat buat silap. Nanti orang lain lak sakit hati (saya la tu). Yang penting, kita belajar dari kesilapan tu, dan baiki apa yang perlu. Betul?

Bendanya nampak simple jer.. tu ramai yang ambil mudah. 

Sekali tengok macam tak buat silap pape pun. Tapi, sebenarnya silap. Kalau tak baiki, ianya boleh jadi ‘barah’ dalam pemasaran fb anda. Bahaya sesangat kalau tak rawat dengan segera. Serius bahaya!

.

Ok2. Tak mau bebel panjang lagi. Jom cek, ada tak anda buat kesilapan2 ni:

KESILAPAN #1 – TERLALU HARDSELL

Hardsell ni bahasa mudahnya kita promot sesuatu produk/servis tu secara DIRECT, terang-terangan. Tak salah nak buat hardsell ni, tapi bila dibuat secara kerap dan berterusan, fan kita sendiri akan rasa bosan dan menyampah.

Sikit2 nak jual, sikit2 nak suruh beli. Memang orang lari la. Kalau anda jumpe dengan penjual camni pun, mesti nak lari gak, kan? Jadi, jangan buat camtu ye..

“Habis tu, camner nak buat harsell? Saya tak tahu la..”

SifuFBads pun ada buat hardsell gak. Tengok ni..

Picture1

Sebaiknya, gunakan pendekatan SOFTSELL. Update post2 yang berkaitan dengan bisnes anda. Contohnya, update aktiviti anda, stok baru sampai, tengah packing barang, tutorial cara guna dll..

KESILAPAN #2 – TAK KONSISTEN UPDATE

Satu kesalahan besar jika anda tak update post di page secara konsisten. Arini post, pastu next post 3 hari kendian, next lagi seminggu lepas tu. Silap besar tu..!

Apa kesannya kalau jarang update fanpage?

Reach post di fanpage akan turun. Engagement pun akan kurang.

Sebab apa?

Bila reach turun, ramai fans tak akan nampak post anda secara organik. Dan kesannya engagement akan kurang. Kalau tak cayer, cer check fanpage anda..

Cer tengok fanpage SifuFBads lak, sekali post, banyak engagement. Sebabnya selalu update post di fanpage.

tipsq

Kalau anda benar2 serius nak bina empayar bisnes anda di fb, wajib update post di page anda dengan KERAP dan KONSISTEN. Sekurang-kurangnya 1 hari 1 post. Barulah engagement akan tinggi. Bila engagement tinggi, fanpage tu akan nampak AKTIF. Jadi, orang akan lebih mudah PERCAYA pada bisnes anda.

Bila orang dah percaya, mereka akan lebih mudah nak membeli.

KESILAPAN #3 – UPDATE POST TAK RELEVAN

Dah la kurang update. Update pulak post yang tak relevan dengan bisnes anda. Kalau motivasi, motivasi sahaja memanjang, sedangkan anda mnjual produk pakaian.

Bukan kata post sebegitu tak bagus, tapi ia boleh mengalihkan perhatian fans anda. Walaupun post2 sebegitu bleh dapatkan like, komen dan share yang tinggi, tapi bukan itu yang kita nak.

Anda seharusnya fokus untuk ketengahkan info mengenai produk/servis anda.

  • Kalau jual produk tudung, citer la tips mengenai cara pakai pakai tudung, cara jual tudung dan yang berkaitan.
  • Kalau jual produk bina badan, bagi la info cara nak exercise, video cara bersenam yang betul dll.

Ada dapat idea? Info dan tips yang nak share tu kene la berkaitan.

Tak susah pun, cuma kena rajin jer.

KESILAPAN #4 – TAK TONJOLKAN USP

Sekarang ni zaman orang semua berebut2 nak berniaga. Persaingan tinggi. Customer ada banyak pilihan bila nak membeli sesuatu produk tu. Kedai ni tak best, pergi kedai lain lak.. tak best gak? Cari lagi kat kedai lain..

Kalau kita jadi customer pun, kita buat camtu kan?

So, apa solution nya? Bina USP! tapi sayangnya.. banyak kes, USP ni tak ditonjolkan. Customer tak nak nampak apa yang menariknya mengenai bisnes anda. Jadi, cuba cari USP anda, rajin2 la buat research.. buat SWOT Analysis.

Dah jumpe USP? Tonjolkan USP anda tu dalam bentuk gambar dan juga copywriting iklan FB ads anda.

Saya dah citer panjang lebar bab USP dalam artikel ni..

Baca la kalau tak tahu apa lagi USP tu..

KESILAPAN #5 – TESTIMONI KURANG

TRUST.. ye percaya!

Antara faktor utama yang mampu pengaruhi prospek untuk menjadi customer anda. Salah satu cara untuk tingkatkan TRUST mereka adalah dengan berikan TESTIMONI. Lebih banyak testimoni, lebih tinggi keyakinan mereka terhadap produk anda.

Contohnya SifuFBads sendiri, kenapa seminar kami selalu sold out?

Sebab kami banyak testimoni. Banyak sangat! Bukan testimoni yang biasa2 jer. Testimoni yang kuat..!

..Ada testimoni dari Fizo Omar

..Ada testimoni dari Neelofa

..Ada testimoni dari Calaqisya

dan banyak lagi! Bersepah..! Tak dapat nak tunjukkan semuanya kat sini.

testimoni

Jadi, jangan kedekut invest sikit untuk kumpul testimoni. Berikan SAMPLE PERCUMA pada audiens yang betol2 memerlukan produk anda, dan dapatkan testimoni mereka.

KESILAPAN #6 – LIKE MARKETING TAK KONSISTEN

Ramai yang sangkut bab ni. Buat ads tarik like (like marketing), mahal sikit terus stop. Rasa cam konon2 dah ada mood baru try wat balik. Mahal, stop lagi. Biar lama2 tak tarik fans.

Kalau tak tahu nak buat like marketing, baca artikel ni. Senang jer..

Ni sifu nak ingatkan…

Pembinaan fans tersangat2 penting! Bukan setakat untuk tingkatkan kredibiliti, tapi untuk bina follower kita sendiri.

Mereka yang benar2 kenal dan percaya pada produk, servis dan bisnes anda. Penting untuk jangka masa panjang bisnes anda. So pesanan sifu, teruskan wat Like Marketing.

Jangan cepat putus asa bila kos mahal. Buat banyak SPLIT TEST. Cuba dan cuba lagi. Buat sampai jadi!

.

Orait..tu sahaja untuk sharing kali ni. Tapi ingat ye! Jangan baca je tau. Pastikan anda perbaiki mana yang silap tu.

Jangan cakap sifu tak payung ok!

Berdasarkan pemerhatian, ramai je lagi rakan2 kita yang masih wat kesilapan2 ni, tapi mereka tak perasan. So, apa kata anda pun tolong saya, dengan share artikel ni. Tak ramai sikit pun jadilah. Janji kita share dengan kawan2 ye..


9 Langkah Penting Untuk “Owner Bisnes” Yang Tak Pernah Berniaga di FB.

$
0
0

9 Langkah Penting Untuk Owner Bisnes Yang Tak Pernah Berniaga di FB.

“Biasa jual offline je, kat bazaar, karnival, ada kedai sendiri gak.. produk dah ada demand dah pun.. Sales pun ok jeww.. Nak start niaga online ni tak berapa pandai lah, pening pala, tak tau nak mula dari mana..”

Takper, meh saya bantu selesaikan masalah anda tu, kalau dah ade produk, dah pernah buat sales, inshaAllah klu kembangkan lagi platform marketing dengan fesbuk ni mesti lagi ‘BOOM!’..

Silap bulan tak niaga offline dah.. TERPAKSA fokus online pulaks..

Siyes.. Rugi kalau anda berniaga tapi tak menggunakan fb ads.. Zaman sekarang dah moden, jangan kerana ego kita bole ditinggalkan oleh orang-orang baru yang pandai gunakan peluang fb ads ni…

Ok, faham?

Ni saya kongsikan 9 langkah bagaimana nak mula berniaga di fesbuk..

Ikuti satu per satu, dan buat terus buat! Mudah jeww..

LANGKAH 1 – JENAMA ANDA

Langkah permulaan, kenalpasti dulu apakah jenama bisnes anda. Apakah nama yang anda ingin gunakan dan ingin dikenali orang.

Penjenamaan nama ni boleh di pecahkan kepada 2 jenis. Samada BRAND atau GENERAL.

Brand; Jenama anda sendiri, mungkin orang masih belum kenal, jadi anda perlu bina branding jenama anda. Ia bagus untuk long term.

General; Nama page anda secara umum, tapi mudah faham, org tengok nama page dah tahu, tak perlu siyes bina branding untuk permulaan. Tapi agak rugi untuk long term.

Mcm mana pun terpulang pada objektif anda.

Saya bagi contoh, katalah anda berniaga tudung.

  • BRAND : FlowerScarf XYZ / mushroomscarf
  • GENERAL : Tudung Cantik Idaman Gadis

Lagi contoh, katalah anda jual produk kecantikan.

  • BRAND : Beautyessence, whitening xyz
  • GENERAL : rahsia awek korea, rahsia kulit cantik

Faham tak kedua-dua perbezaan nama ni?

Jadi, anda dah ada nama yang nak digunakan?

p/s – nak tahu lebih lanjut TENGOK SINI

LANGKAH 2 – BINA FANPAGE

Kalau anda berniaga secara offline dah tentu anda perlu ada kedai, butik, gerai dn lain-lain.

Jadi.. Kalau nk niaga online di fesbuk, anda perlu ada FANPAGE.

Ia bertujuan untuk memudahkan anda untuk berniaga, fanpage dan fb profile adalah benda yang berbeza ya. Jangan berniaga di fb profile, tak profesional tuh..

So kenapa perlu bina fanpage ni?

  • Unlimited followers, kalau fb profile tu 5000 je max.. Bole ade juta juta fans nanti! Best..
  • Bole fokus pada bisnes bukan personal, takkan nak menjual di fb profile je, tu da kire spamming tu. Nyampah kawan-kawan kite.
  • Branding, boleh fokus bina branding bisnes anda. Nak post berkaitan produk pun takde masalah. Dah name pun page bisnes.
  • FB Ads, hanya dengan Fanpage saja anda boleh promosikan produk anda menggunakan fb ads, dapatkan post paling berkualiti kemudian buat fb ads, post anda bakal dilihat ramai pengguna fb.

Bina sekarang kalau masih belum ada lagi..

LANGKAH 3 – KEMASKINI FANPAGE

Page da siap? Ok, anda kena kemaskini details dalam fanpage anda. Beberapa perkara yang anda perlu kemaskini ialah;

  • timeline cover, gambar paling atas skali tu.. 1st impression orang bila masuk page anda. Upload gambar produk anda.
  • profile picture, upload gambar logo bisnes anda ke, gambar owner ke. Supaya nampak lebih profesional dan bole dipercayai.
  • update details, pastilan anda masukkan semua maklumat-maklumat bisnes anda di ruangan yang disediakan dalam page tersebut. Supaya tak nampak macam bisnes anda ni main-main.

Anda kena ready kan page anda dulu sebelum kita panggil pelawat masuk.

Pahe dok..?

LANGKAH 4 – UPDATE POST

Jangan biarkan fanpage anda kosong. Kalau nampak kosong nanti bakal pelawat akan rasa kurang percaya dan tahu anda tidak serius jalankn perniagaan.

Untuk permulaan, sebelum buat FBAds, anda perlu update sekurang-kurangnya 5 posting. Anda boleh update dalam pelbagai bentuk,

Saya bagi sedikit idea untuk anda bole terus update di page, contohnya;

  • posting gambar, post produk-produk anda.
  • Posting video, cara guna, pengenalan diri atau pengenalan produk secara ringkas sahaja.
  • Gambar stok, anda ada stok? Upload gambar tersebut, supaya nampak bisnes anda real.
  • Gambar aktiviti, tunjukkan suasana bisnes anda, supaya mereka tak curiga dengan anda.
  • Testimoni, upload testimoni yang pernah menggunakan produk anda.

Dah, senang kann, simple jer, buat 5 posting ni dulu. Fokus ambil masa dlm 1-2 jam dulu..

LANGKAH 5 – PIN TO TOP

Sebelum ke langkah yang lebih advance, anda perlu sediakan satu posting yang lengkap dan betul-betul bersedia untuk dilihat oleh prospek anda.

Anda perlu lengkapkan posting tersebut dari segi;

  • Design gambar produk yang menarik.
  • Headline yang memukau.
  • Copywriting yang menarik.
  • Apakah Kelebihan, manfaat, kebaikan produk anda.
  • Offer yang susah nak dilepaskan.
  • CTA yang jelas untuk mereka bertindak dengan segera.

Ambil masa sedikit untuk siapkan posting yang sangat penting ni, kemudian pin to top.

Supaya, 1st impression pelawat yang masuk di page anda akan nampak post pin to top tersebut. Sebab tu, anda perlu hasilkan post dengan gambar yang menarik beserta headline dan copywriting yang memukau.

p/s – takde idea? tak tahu nk tulis apa. BACA SINI

LANGKAH 6 – KAD KREDIT/ KAD DEBIT/ ONLINE BANKING

Langkah seterusnya ialah anda perlu sediakan kad kredit atau kad debit untuk menggunakan fb ads. Ia adalah WAJIB.

Untuk penggunaan online banking pula, tak semua orang ade function ni, hanya sesetengh orang saja yang mmpunyai function untuk menggunakan payment method online banking ni. Kalau nak juga mungkin perlu buat akaun fb baru.

Sebelum tu..

Kad bank yang disarankan ialah easy rhb, public bank dan bank islam. Yang lain bukan tak boleh tapi tinggi risiko untuk akaun anda disekat dan mengalami masalah payment.

p/s – nak tahu cara gunakan perbankan internet TENGOK SINI

LANGKAH 7 – LIKE MARKETING

Like marketing adalah salah satu teknik fb ads yang digunakan untuk dapatkan followers. Selain itu, ia juga berfungsi untuk bina branding produk kita.

Jadi anda perlu bina iklan like yang menarik dan pastikan ia berkaitan dengan produk anda.

Letakkan bajet paling minima untuk permulaan. Rm3-rm10 saja. Pastikan buat berterusan.

So..

Anda prlu sediakan gambar yang menarik, ayat like yang mudah difaham orang. Saya bagi contoh paling mudah, katalah anda jual produk kecantikan;

“Sis! Meh Klik LIKE jika nak kelihatan cantik dn comeh dlm masa 7 hari” tu contoh…

Pastikan ada ayat “klik LIKE jika….”

Pesanan saya, anda perlu buat split test untuk dapatkan result yang terbaik.

p/s – tengok sini tutorial buat like –> KLIK SINI

LANGKAH 8 – BOOST POST

Kan anda dah buat satu post pin to top, jadi post tersebut akan run fb ads dan akan disasarkan pada prospek anda.

Kalau anda miliki fans yang ramai bole sasar pada fans saja, tapi kalau masih baru lagi. sasarkan pada page lain yang punya interest sama seperti anda.

Caranya, anda perlu tekan butang warna biru yang tulis ‘boost post’ pada bahagian bawah post tersebut.

Kemudian, untuk permulaan, tetapkan bajet minima dalam linkungan rm15-30 saja.

Seterusnya, masukkan umur, jantina, lokasi dan interest mereka.

p/s – untuk lebih details anda boleh lawat blog sifufbads.com

LANGKAH 9 – MONITOR ADS

Lepas dah buat boost post, katalah bajet untuk haritu atau selepas 24 jam dah habis.

Tengok, adakah anda untung? Atau rugi?

Kalau untung, boleh teruskan lagi, tambahkan lagi bajet anda.

Kalau rugi, anda perlu perbaiki beberapa faktor berikut;

  • Gambar
  • Headline
  • Audiens
  • Copywriting
  • CTA
  • Urgency

So, semak dan perbaiki semula, buat sampai jadi!

p/s – kalau pening kepala tu cer korek-korek info di blog atau page SifuFBads.. ada banyak khazanah tu.. nak atau tak nak jer.. Okey?

Rahsia Penulisan Copywriting Mengikut “Mazhab SifuFbads”. Minat Nak Tahu?

$
0
0

 

Rahsia Penulisan Copywriting Mengikut Mazhab SifuFbads

Dalam dunia penulisan copwriting ni ada banyak ‘mazhab’.. Ada yang style gini, ada yang gitu, ada yang cenggitu.. Macam-macam lah! Dulu.. SifuFBads pernah dikondem kerana menggunakan bahasa santai.. Sobs Sobs..

Tapi kan.. Tapi…

Nak tahu tak? Dengan penulisan ‘mazhab’ SifuFBads inilah ramai usahawan yang telah berjaya meningkatkan jualannya terutama di fesbuk..

Actually, seni penulisan SifuFBads ini adalah hasil kajian saya sendiri selama hampir 8 tahun, dan ternyata ia memang proven kerana dah ramai usahawan yang follow dan sukses…

So.. Nak tak saya kongsikan secret nya nih?

“nak sifu.. nak angat…hee.”

Ok.. Bagus..

Gini..

First skali.. Perkara BASIC yang anda kena tahu ialah, setiap manusia tu ada 2 jenis thinking, mereka akan berfikir samada gunakan otak kiri ataupun otak kanan.

Dua-dua ni ada beza dia tau…

“ooo…. Baru tau…”

Nak tau lebih details pergi baca post kat bawah ni…

#1: LEFT BRAIN THINKING

Ok.. Saya explain jenis yang otak kiri dulu;

Mereka adalah jenis yang berfikir gunakan LOGIK. Tau logik? Ala.. Maksudnya, diorang ni lebih fokus kepada angka, data dan fakta. Jenis yang berfikir secara analisis dan rasional..

“ala.. apa benda tu sifu? Tak paham..”

Ok, camni.. Kalau kita buat copywriting gunakan nombor ke, peratusan ke, itulah yang otak akan fokuskan.. Menurut kajian pakar, nombor yang berakhir dengan GANJIL seperti 1, 3, 5, 6…. eh 6 genap bukan ganjil.. hoho.. tapi itulah angka si ganjil yang boleh menarik perhatian audiens..

“ohh.. betullahh… patutlah. Ok, nak guna angka jelah pasni…”

Boleh. Tapi kalau nak gunakan ayat logik semata belum cukup kuat nak ‘tackle’ prospek.. Kena tambah satu lagi intipati… Iaitu manfaat yang prospek bakal terima..

Contohnya camni;

“DAH LEBIH 137 ORANG YANG BERJAYA ‘JINAKKAN’ LEMAK DEGIL LEPAS GUNA PRODUK XYZ”

So, elemen yang digunakan adalah NOMBOR dan MANFAAT prospek, jika kedua-dua elemen ini digabungkan, ia lebih berkesan kerana membuatkan prospek mula berfikir secara logik, betul ke 137 orang? Lagi, ditambah dengan berjaya ‘jinak lemak degil’, ini buatkan mereka rasa produk tersebut memang berkesan..

Ok.. Itu baru otak kiri. Belum habis lagi..

#2: RIGHT BRAIN THINKING

Otak kanan pula ialah mereka yang berfikir gunakan EMOSI;

Tak dinafikan, ramai pakar berkata, hampir 90% pelanggan bertindak untuk membeli kerana emosi.. Kerana pada mulanya, pembeli akan berfikir secara logik dan rasional iaitu otak kiri, tetapi… keputusan pembeli memang banyak dipengaruhi oleh emosi.

So.. Dats why lahh..

Kita kena gunakan copywriting dan gambar beremosi yang relevan dengan audiens anda..

Satu lagi.. Memang manusia buat keputusan menggunakan emosi, tapi dalam masa yang sama mereka juga akan gunakan logik akal..

Mereka mula fikir, sebab apa mreka perlu membeli. Adakah ia berbaloi?

Maksudnya, selain menjual dengan gunakan emosi, kita juga perlu berikan bukti yang kuat kenapa mereka perlu beli produk kita.

Jadi.. jentik emosi mereka, anda tahu mereka memang dah minat dengan produk anda, Cuma perlu masukkan unsur-unsur emosi..

Mungkin unsur inspirasi, ketakutan.. Susah nak convert sales kalau anda tak mainkan emosi.

“camne nak jentik emosi tuh sifu.. tak sakit ke prospek tu main jentik-jentik ni..?”

Bukan jentik luaran.. jentik dalaman.. Tu lagi sakit.. Hoho..

Ok ok ok!

Ni saya nak dedahkan terus.. straight to the point, tanpa sorok-sorok okeh..

#3: 4 ELEMEN EMOSI UTAMA MANUSIA

Memang emosi manusia ni ada banyak. Tapi, ni saya ambil yang utama dan mudah untuk anda fahamkan. Daripada hasil kajian dan pemerhatian saya, 4 jenis emosi ni boleh kita gunakan dalam copywriting, dan saya pecahkan lagi 4 emosi ni kepada 2 bahagian iaitu positif dan negatif.

EMOSI POSITIF ;

+ Dream
+ Inspiration

EMOSI NEGATIF;

– Fear
– Problem

“apa benda positif negatif nih sifu..? lain macam je bunyi dia..”

Ok, apa beza emosi negetif dan positif yang boleh kita gunakan dalam copywriting ni?

Emosi POSITIF.. Apabila kita mainkan emosi jenis ini, orang yang baca penulisan kita akan rasa seronok dan bersemangat. Senang citer, anda perlu buat mereka terbayang-bayang bagaimana rupa/hasil selepas mggunakan servis/produl yang kita jual..

Emosi NEGATIF.. Emosi negatif ini dapat buatkan audiens rasa stress, takut, gabra.. Kenapa? Sebab mereka asyik terfikir tentang masalah yang sedang dihadapi. Kadang-kadang mereka tak sedar yang mereka sedang menghadapi masalah, jadi.. inilah masanya untuk anda sedarkan mereka dan bantu selesaikan masalah tersebut..

“kalau camtu saya nak guna emosi NEGATIF.. Kasi dorang takut..”

Boleh tiada masalah, tapi saranan saya, lebihkan penggunaan emosi positif kerana dari hasil kajian responsnya lebih tinggi dan bagus. Selain tu, anda juga boleh selamat dari kena flagged. Hoho..

1) FEAR

Bukan fear factor.. Fear.. ‘takut’.. Ia juga adalah emosi yang boleh kita gunakan dalam copywriting. Takut badan gemuk.. Takut muka berjerawat.. Paham tak?

Kita tambah ‘lauk’ lagi, buatkan mereka takut dan akhirnya membuat pembelian.

Tapi.. Ada syaratnya nak guna emosi ni..

“syarat apa plak ni sifu? Tulis ni pun ada syarat..?”

Ya.. ada.. Syaratnya.. Jangan over sangat time takutkan orang tu.. Sebab nanti orang tak suka dengan iklan kita tu.. Nanti respons teruk, bila buat iklan fb ads nanti takde respon.. Tu tanda orang menyampah la tu..

So.. Takutkan sikit-sikit jer.. contoh camni;

“BADAN ‘BAM BAM’ SGT? SELALU KENA EJEK? BENGANG?”

“ISTERI TENSION SBB BRO ‘KEJAP’ SGT? TAK MALUU KE?”

Haa.. Yang penting ada bentuk soalan.. Kalau orang yang ada masalah seperti dalam ayat tu, confirm mereka akan tertarik nak baca suma ayat iklan tu. Tapi jangan ingat mereka nak membeli semudah itu yer..

No..no.. no..

“aik kenapa plak sifu? Kan dorang dah abes takut tu..?”

Haish.. mestilah tak semudah tu, kalau mudah.. semua buat iklan abes kena sapu je sebab skit-skit kena ugut takut-takutkan. Nak tau kenapa tak mudah? Nak tau kenapa dorang tak beli?

Sebab sebelum ni, diorang mesti dah penah cuba macam-macam produk tapi takde satu pun yang berhasil. Kan anda da masukkan emosi FEAR pada headline, jadi anda juga perlu masukkan emosi pada bahagian F.A.B. Apa tu F.A.B?

  • Features..
  • Advanteages..
  • Benefit..

Ok? Faham…?

2) PROBLEM

Suma orang ada masalah, haiwan pun ada masalah.. betul tak? Haha.. Jadi, mereka pasti sanggup buat apa saja asalkan kita mampu selesaikan masalah mereka. Faham?

Ni saya bagi contoh;

Siti ada masalah lemak berlebihan, dia tengah cari solution camne nak buang lemak degil tu. Dah la tak lama lagi nak raya. So, daripada masalah ni, kita bleh jual produk kuruskan badan pada Siti. Semasa buat copywriting, cer buat ayat camni;

“AMAZING! DALAM MASA 3 MINGGU JE , WANITA NI BOLEH ‘HALAU’ LEMAK DEGIL SEKALIGUS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN DARI 100KG KE 90KG TANPA PERLU BERSENAM SETIAP HARI”

Dalam ayat ini, kita dah berikan mereka solusi bagaimana nak kurangkan berat badan dengan cara mudah dan pantas, selain itu ada elemen nombor iaitu MASA.

Kan dah bagitau, manusia ni suka bila nampak nombor dan mereka sukakan kepantasan. Lagi cepat anda boleh selesaikan masalah mereka, lagi bertambah-tambah mereka suka…

3) DREAM

Anda ada impian? Ada angan-angan tak? Ada kan.. Ha.. so orang lain pun ada impian, objektif dan matlamat gak…

Nak muka putih melepak? Nak badan sado? Nak kerete exotic? Tu semua impian lah tu.. Kalau anda nak dapatkan suma tu mesti anda sanggup buat apa saja.. Betul tak?

So.. Apa kata kalau anda tolong diorang ni capai impian tersebut. Mesti produk/servis anda boleh bantu mereka untuk capai apa yang mereka impikan selama ni? Kalau ya, mesti diorang nak..

Faham ke faham ni?

Ok, contoh.. Katalah Faizal ni badan dia agak tembam skit, so dia memang teringin sesangat nak badan sado yang fit dan ada cutting tu. So nak taknak, dia terpaksa pergi gym, perlu jaga diet yang sihat, hari-hari dia ikut program tu.. Tapi still tak jadi-jadi, member habis gelakkan dia. Pastu cer bayangkan tetiba dia jumpa iklan camni:

“197 ORG YG MGALAMI MASALAH BERAT BADAN, KINI AKHIRNYA BERJAYA ‘CONVERT’ JADI ABANG SADO YG BEROTOT, TAK SAMPAI 2 BULAN, DAN INILAH RAHSIANYA…”

Apa Faizal buat? Dah tentu dia berminat nak tahu lebih lanjut. Silap bulan terus buat pembelian, sebab apa tau tak? Sebab headline ni berikan harapan dan angan-angan yang Faizal inginkan selama ni.

Tunaikan impian mereka dengan produk/servis anda..

4) INSPIRATION

Emosi yang terakhir, iaitu inspirasi, manusia suka baca kisah-kisah kejayaan orang lain, anda suka tak baca kisah hidup mereka yang dah sukses? Mesti suka kan, tengok apa yang dia lalui dan bagaimana dia boleh berjaya dan camne hidup dia dah berubah..

Best.. saya pun suka.. hoho

So.. Dalam pemasaran fb ads, inspirasi adalah satu ‘benda’ yang buatkan orang termotivasi dan terbeli produk kita.

Haa.. dahsyat kan? Memang dahsyat.. Nilah kuasa inspirasi..

..

Untuk inspirasi ni ada 4 pecahan yang boleh kita gunakan;

  • TESTIMONI 

Berikan testimoni pengguna produk/servis kita yang ada result dan betul-betul berkesan. So, anda boleh tnjukkan melalui video atau gambar. Masukkan juga dalam copywriting pada bahagian INTRO atau selepas OFFER yang diberikan..

Tak tau camne nak dapat testimoni?

Tanya pelanggan, jangan paksa. Nak senang, buat contest bagi freegift..

  • CASE STUDY 

Anda juga boleh kongsikan kajian kes, anda tahu kisah mereka dan kejayaan mereka, jadi story kan. Contohnya camne Ali ni boleh turunkan berat badan dari 100 kg ke 70 kg dalam masa 2 bulan, orang suka baca case study, sebab dia boleh belajar sesuatu secara live!

  • KATA-KATA PAKAR 

Anda anggap je diri anda ni seorang pakar dalam bidang tersebut, sebab orang suka berhubung dengan orang pakar. Mereka suka kalau anda ada gaya untuk selesaikan masalah mereka. So, cara mudahnya ialah, anda dah boleh mula brandingkan diri anda sebagai apa, buatkan shingga orang tahu apa kepakaran anda dan anda terkenal sebagai apa, jadi setiap perkongsian dan kata-kata hikmat anda boleh jadi satu inspirasi untuk mereka capai dan inginkan.

  • KISAH INSPIRASI 

Ni paling convert! Kongsikan kisah kejayaan pengguna produk/servis kita sebelum ni. Minta mereka ceritakan secara details kisah hidup jatuh bangunnya dan apa perasaan selepas berurusan dengan kita.

Contohnya; ramai ibu yang mempunyai masalah susah nak hamil, pasti banyak kisah sedih. Tapi lepas guna produk anda, mereka berjaya hamil, jadi.. Anda perlu kisahkan perjalan tu dalam bentuk cerita. Buat ‘story’, baru orang seronok nak baca..

Faham?

..

Penting untuk anda fahami 4 emosi ni dulu sebelum nak buat copywriting, barulah ada konsep, ada struktur..

Sedikit tips dari saya;

  • guna ayat yang menjentik emosi
  • guna ayat tawaran terhad, percuma, terbaru, diskaun, rahsia, mudah dan lain-lain..
  • amek copywriting Sifufbads atau produk yang berkaitan dengan anda pastu “COPY & ADJUST”, jangan COPY PASTE! Kang ade kena saman kang.. haa..

Ok praktik teruss!

6 “Mitos Copywriting” Yang Sering Orang Ramai Salah Anggap

$
0
0

6 Mitos Copywriting Yang Sering Orang Ramai Salah Anggap

Copywriting Myth

Anda patut tahu 6 mitos ni kalau anda nak kuasai dan hasilkan copywriting yang bagus, pastu barulah boleh ‘control’ dan ‘arahkan’ audiens anda baca setiap satu point penulisan anda.

So, untuk mantapkan lagi copywriting, anda perlu tahu perkara-perkara ni..

Ni saya nak kongsikan 6 mitos tersebut, teruskan membaca…

#1: ORANG TAK BACA COPYWRITING YANG PANJANG

Ada yang kata tak convert kalau tulis panjang-panjang ni, dan ada pula yang kata convert sesangat bila tulis copywriting panjang-panjang…

“Mana satu ni sifu? Pening kepala.. Nak ikut mana nih?”

Ni saya bagitau, dan ini menurut “pakar copywriting international, David Ogily”. Ni semua cerita berdasarkan kajian dan pengalaman ye, bukan main taramm je.. Dia kata apa tau?

Copywriting yang panjang adalah lebih berkesan berbanding copywriting yang pendek, dan ini memang terbukti kerana mengikut ‘mazhab’ SifuFbads, kebanyakannya semua copywriting SifuFbads yang panjang memang memberikan impak yang positif dan superb sesangat!

Tapi.. tapi…

Anda kena tahu juga, copywriting yang panjang tu bukanlah copywriting yang meleret semata-mata macam buat diari syok sendiri tuhh.. Lain! Tak sama tu!

Copywriting yang panjang mesti ada struktur dia, tersusun rapi, dan padat dengan info penting yang nak disampaikan. Kalau nak buat penulisan yang panjang, anda perlu masukkan elemen yang boleh menyentap emosi pembaca.

#2: TAK PERLU TAJUK

Yang ni memang ramai sangat buat silap. Buat copywriting tapi takde tajuk. Ni nak marah nih.. Grrr!

Anda tahu tak, dalam penulisan copywriting FB Ads, tajuk ataupun headline iklan anda tu adalah elemen yang sangat penting tau..

Sebab, itulah perkara yang pertama dilihat dan dibaca oleh audiens selepas melihat gambar.

Kalau headline anda mantap dan tersentuh emosi audiens, inshaAllah tiada masalah untuk bawa mereka baca yang seterusnya.

“ohh.. patutlah post dengan iklan saya selalu takde respon.. krik..krik jer..”

Yelah, mana taknya.. Tanpa tajuk, audiens ambil masa nak SCAN apa yang anda cuba nak sampaikan..

Tu yang mengurangkan potensi untuk menarik minat mereka baca copywriting anda, apatah lagi nak buatkan mereka bertindak.. Memang taklah…

#3: TULIS JE MASALAH PROSPEK, MESTI KENA PUNYA EMOSI DIORANG TU..

Ha.. Ni lagi satu, memang betul benda tu, tapi ada sesetengah prospek tak berapa tertarik dan kurang berminat jika “1st impression” adalah masalah, masalah dan masalah. Benda negatif jer.. Prospek jadi takde mood.. So, diorang pun blah.. Rugi.. Ish3

Anda juga perlu tahu, bukan faktor MASALAH prospek je yang boleh mempengaruhi mereka, ada banyak lagi faktor lain. Contohnya seperti self-interest, testimoni pelanggan, offer menarik dan lain-lain lagi.

Jangan hembuskan aura negatif dan posting masalah saja.. Takleh..

Anda boleh cuba pelbagaikan konsep copywriting, kemudian lihat mana yang paling berkesan.

Mengikut pengalaman SifuFBads, elemen inspirasi adalah elemen yang paling berpengaruh untuk menpengaruhi emosi manusia, dan ingat! Bukannya masalah ataupun perkara negatif jer..

#4: TAJUK CATCHY CONFIRM IKLAN JADI POWER

Ya betul tu, tak dinafikan. Headline yang catchy, yang nampak cam noty noty, yang santai mantai tu memang boleh menangkap perhatian audiens..

Tapi tapi tapi.. Dia belum cukup nak jadikan iklan tu bebetul power, belum cukup syarat lagi.. Siyesss…

Ni saya dedahkan apa gabungan yang boleh hasilkan copywriting yang superb.. Bukan takat headline je kena power, lain-lain pun kena power gak..

Untuk hasilkan impak iklan yang superb, anda perlu gabungkan gambar yang menarik, headline memukau, flow copywriting yang jelas dan terusun, pastu offer yang menarik dan terakhir sekali CTA yang mudah dan jelas.

Ini antara stuktur copywriting yang paling “simple but convert”..

Tak caya? Cer buat.. Biasanya nak hasilkan satu copywriting yang bagus ambil masa dalam tempoh 1-4 jam..

#5: TAK PERLU STRUKTUR BAGAI, TULIS JE COPYWRITING TU

Boleh takde masalah kalau taknak ade struktur tu, tapi terus terang saya cakap.. Iklan anda nanti memang tak convert! Takde flow! Orang jadi pening..

Yelah, dalam hidup kita ataupun apa-apa kerja yang kita nak buat mesti memerlukan struktur dan sistem yang betul. Kan kan?

So, sama gak macam copywriting ni..

Saya bagi analogy mudah, kalau kita nak bina sebuah bangunan, mestilah kita perlu bina tapak dia dulu, camne nak terus buat dari atas ye dak.. lepas tapak baru masukkan tiang, dinding dan lain-lain. Gittewww..

Nak bagitau ni.. Salah satu rahsia untuk hasilkan copywriting yang terbaik ialah pastikan copywriting anda ada step-by-step, terusun dan berstruktur..

Hasilnya, audiens akan berasa mudah dan faham apabila baca copywriting anda, dan mereka tahu apa yang anda cuba nak sampaikan.

#6: COPYWRITING AYAT FORMAL ATAU BAKU YANG PALING EFEKTIF?

Ya memang betul ayat formal ni berkesan, tapi tidak secara keseluruhannya! Tidak sama sekali!

Nak tau sebab apa? Saya bagi anda satu contoh, katalah anda nak jual produk kesihatan bina badan, dan anda semestinya dah tahu siapa audiens tersebut, jadi saya nak tanya anda..

Agak-agak sesuai tak kalau kita gunakan bahasa formal atau baku ni dengan abang-abang sado kat luar tu? Mesti diorang tak tertarik langsung..

That’s why kita kena guna bahasa audiens bukan bahasa formal belaka.. U got it? Good.. Speaking omputih plaks.. hohoho.

So, kalau audiens anda adalah golongan korporat atau kerja kerajaan barulah boleh gunakan bahasa formal, kena ikut situasi dan kenali siapa audiens anda.

..

Nak tahu salah satu rahsia penulisan SifuFBAds?

Haa.. saya nak bocorkan ni..

Okay, tahu tak jika anda gunakan bahasan audiens, mereka akan berasa selesa semasa membaca dan terasa dekat dengan kita, lagi-lagi SifuFBAds sering beri sentuhan peribadi dalam copywriting tersebut. Memang ummphhhh lah kan.. Haa…

Hasilnya, bila mereka rasa selesa, lebih tinggi potensi mereka untuk berikan respons pada iklan anda. Kasi jentik sikit emosi audiens anda..

So tunggu apa lagi? Cer try ce try

9 Langkah Hasil Copywriting Yg Sentap Lagi Menyentap

$
0
0

9 Langkah Hasil Copywriting Sentap

SUSAH SANGAT KE NK BUAT COPYWRITING YANG SENTAP LAGI MENYENTAPI?

Ya, kalau nak diikutkan memang agak susah sebenarnya, ambil masa berbulan-bulan dan boleh jd bertahun-tahun lamanya utk master copywriting ni. Bukan senang okay.. Yelah.. Gila apa.. Hanya dengan tulisan je boleh buat orang tertarik dan bertindak utk membeli. Dasyat tu…

Tapi, kalau anda ada formula.. Tahu cara.. InshaAllah, anda boleh short cut terus..

Ni sy nk konsgikan bagaimana anda boleh hasilkan copywriting ‘impak maksima’ yg sentap, yg ada ummphh, yg mantopp.. yg tip top condition pny..

“wow wow wow Sifu.. Terbaiklah..”

Haa tau pun.. Ok.. Follow 9 langkah ni;

LANGKAH 1 – LAKUKAN RESEARCH

Of course, sebelum mula buat copywriting, anda ssgt WAJIB buat kajian berkenaan market, audiens dan produk anda. Bila dah faham 3 benda ni, barulah copywriting yg dihasilkan sgt tepat dan ‘headshot’ mengenai audiens anda.. So, buat dulu Formula MAP ni..

“Apa benda Formula MAP ni sifuu?”

Ha saya katuk kepala kang.. Tgk post sblm ni, ada share dah.. Baca dan fahamkan..

LANGKAH 2 – TENTUKAN AUDIENS

Kan dah buat research tentang audiens, ala yang Formula M.A.P tu..

Jadi, kenal pasti siapa audiens sasaran anda, selain digunakan pada copywriting, maklumat ni juga akan digunakan masa nk buat fbads nanti.

Senang cita, pastikan copywriting anda selari dengan audiens yg bakal digunakan dalam fbads.. Faham?

Katalah anda dah buat copywriting utk kaum wanita, umur 24 tahun, tinggal di KL, so settung dia buat  sama mcm dlm fbads tu. Jgn tetiba ayat untuk umur 24-35 tahun tapi target umur 40++ , tinggal kat luar bandar plak.. Tu yg tak sentap tu..

Fahammmm?

LANGKAH 3 – TENTUKAN JENIS COPYWRITING YANG NAK DIGUNAKAN

Kan anda dah belajar ada macam-macam jenis copywriting yang ada.. Ada yg jenis Problem, Inspiration, Dream dan Fear. Nak pecah lagi tu ada banyak lagi tu, so tentukan dulu nk guna yg mana…

Tak de idea nak pilih jenis copywriting yang mana? Ce singgah sini –> https://sifufbads.com/blog/tips-tips/rahsia-penulisan-copywriting-mengikut-mazhab-sifufbads-minat-nak-tahu/

LANGKAH 4 – BINA LEBIH 10 HEADLINE

“wow! Banyaknya sifuu!”

Takdelah, sikit je tu.. Tak banyak pun.. Nak berjaya kan..

Menurut kajian daripada pakar, utk hasilkan copywriting yg terbaik adalah apabila anda hasilkan copywriting yang berbeza-beza.

So, ada lg byk headline lg bagus, bila ada pilihan, anda akan jumpa headline yg plg power. So buat sekurang-kurangnya 10, lg byk lagi bagus.

LANGKAH 5 – TANYA PENDAPAT ORANG LAIN

Dah selesai buat headline bebanyak tu, ce minta tlg kawan-kawan review, tanya mereka, mana ayat yg paling best.

Jangan tanya diri sendiri plak! Kalau tanya diri sendiri, confirm semua nampak best je nnt. Tu namanya syok sendiri tu, lain orang lain pandangan, minta je komen ikhlas diorang.

Selepas dah buat penilaian, pilih headline plg berpotensi utk menyentap audiens anda.

LANGKAH 6 – SUSUN STRUKTUR COPYWRITING

Dalam topik sebelum ni, sy ada kongsikan psl struktur copywriting yg boleh digunakan, ada byk kaedah, ni sy kongsikan struktur plg simple dan paling sering digunakan;

HEADLINE..  (4 jenis emosi manusia)
INTRO..  (Kesinambungan dari headline)
FAB..  (Kelebihan, Manfaat, Ciri-Ciri, USP)
OFFER..  (Offer yang ditawarkan, yang tak boleh dilepaskan)
URGENCY FACTOR..  (tamat bila? berapa kuota? berapa org terawal?)
CTA..  (Call to action)

LANGKAH 7 – TULIS COPYWRITING PENUH

Dah pilih headline paling power? Dah tahu struktur copywriting? Ok, sekarang anda perlu bina copywriting penuh, pastikan ada kesinambungan daripada headline yang anda dah pilih tadi. Jangan lari topik, make sure ada flow..

Dah selesai tulis? Ok..

Jangan!
Jangan!
Jangan!

Jangan lupa…. Semak ejaan, stuktur ayat copywriting dan bahasa yg digunakan.

“Peh.. bikin suspesn je Sifu nih..”

Okay, pastu baca berulang-ulang kali copywriting anda. Senang cita, letakkan anda sebagai seorang prospek,  rasa-rasa tertarik tak bile baca copywriting tu.. Kalau tak, ekjas lagi sampai jadi..

Kalau tak berapa nak menyentap, masukkan unsur emosi dibahagian tertentu jika perlu.

Kalau ikut copywriting ‘mazhab’ SifuFBads, lebih gemar gunakan bahasa santai.. Wlpun ianya bergantung pada jenis audiens.. Anda boleh cuba.

LANGKAH 8 – RUN FB ADS

Rasa-rasa dah okay, dah puas hati, anda boleh run iklan fbads utk post tersebut. Kalau tak berapa nak yakin, mulakan dgn bajet yg rendah dulu, kalau nanti results ok, tingkatkan lagi.

LANGKAH 9 – MONITOR RESULTS & ADJUST

Biar dulu iklan anda selama 1-2 hari, lihat hasil iklan tersebut. Adakah respons audiens terhadap iklan tersebut bagus? Tak bagus? Apa nak buat?

Kena perbaiki lagi copywriting, belum cukup sentap dan ‘memukau’ la tu.. Mula dari 1st skali, kaji semula tentang Formula M.A.P, atau ekjas semula pada bahagian headline dan jenis copwriting yang berbeza pula.

Kena ulang-ulang proses yg sama smpi dapat tune yg plg bagus, bila dah dapat tune, anda fokus pada post tersebut saja dalam tempoh beberapa bulan selagi ia tak tepu, dalam masa yg sama standby posting lain.

Faham?

Saya Minat Nak Beli Produk You, Tapi…

$
0
0

rejection

Biasa tak kena situasi cmni? Dia da minat, tapi ade je alasannya.. “tapi… tapi…” Grr… Keretapi betollah!

Pernah kena tak??

“pernah sifu.. Mmg biasa ssgt.. mencik!”

Stress.. Mmg stress..

Pd asalnya, mrk dah berminat, of course sbb mrk dah pn PM/Wasap kita, tetapi atas sbb bbrp faktor yg mjdi kmusykilan mrk dr segi harga, keberkesanan, ketahanan, ketulinan, halal ke haram.. Itu yang keluar perkataan “tapi……”

So..

Kita sbgi sorg pniaga, prlu bijak counter soalan dr prospek ni, supaya prospek lebih yakin utk berurusan dn membeli produk kita..

Inilah yg dipanggil ‘Handling Objection’..

Ni sy nk kongsikan bbrp situasi yg biasa dihadapi oleh pniaga kt luar tu, dn apakah jawapan yg boleh anda counter..

#1: “TUNGGU GAJI SIS..” , “BELUM CKUP DUIT LAGI…”

Ni plg common skali, cube anda counter dgn nyatakan anda juga terima deposit.. Krn khuatir kalau2 stok abes bile prospek tu dah ade duit nanti..

So, buat deposit dan reservation.. Kalau dia btul2 berminat dgn produk anda dn takut trlepas pluang, biasanya mrk akan letak deposit dulu.. BOOKING..

#2: “BERKESAN KE NI?” , “BETUL-BETUL BERBALOI KE NI..?”

Org2 baru biasa mghdpi mslh cmni, mgkin krn awarenss atau branding produknya msih blum kuat.. Jd org tak berapa yakin dan pasti lg utk dptkkannya..

Jadi, apa yg anda perlu buat ialah berikan testimoni.. Pstikan testmoni tu berkaitan dgn mslh prospek tersebut.. Lg tepat lg bagus..

Katalah anda jual produk kecantikan, mmg ia boleh putihkan kulit, hilang jerawat, hilang jeragat.. Tp klu prospek tu ade mslh jeragat.. Cari testmoni yg dh bjaye hilangkan jeragat.. bru MATCHING..

#3: “ERM.. MAHALNYE PRODUK NI..” , “TAKPELAH SY SURVEY LAIN DLU..”

Knp mrk kata produk anda mahal? Sbnrnya kalau nak dikira-kira dn compare ngn org lain lebih kurang sama je sbenanye.. Produk org lain tu kdg2 lg mahal mak datok, tp laju je tjual..

Nk tau kenapa??

“nak sifu nak…”

Sbb, mrk tak nmpk VALUE produk anda..

Jd, apa yg anda patut buat??

Tunjukkan testimoni plggn yg kata ia sgt2 berbaloi.. Selain tu, tunjukkan bonus dgn stiap pembelian yg mrk bkl dapat, cthnya, apa komponen mrk dpt, warranty, bonus2 dan lain2..

Tekankan pada special offer anda dn juga urgency anda, brulah mrk rasa susah utk lepaskan pluang tersebut..

#4: “OK MINAT SGT TP NAK TNY SUAMI DLU..” , “NAK TNY BOIPREN DLU..”

Yg jenis cmni pun ade jugak.. Kdg2 mmg mrk btul2 minta izin dgn psgnnya.. Kdg2 mrk jdkan alasan sbb mrk tk bminat dgn produk anda..

Its ok, fine..

Tp sblm tu..

Anda perlu FOLLOW UP mrk smula, bgtau mrk siap2 yg esok anda akan hubungi lg.. Yg penting gunakan kreativiti anda utk ‘mengikat’ prospek dn akhirnya tukarkan jd pembeli..

Wlubgimanapun, ada satu cara bgimana nak mengatasi semua masalah2 kat atas ni..

caranya ialah..

kuatkan lg BUYING TRIGGER!

Bgimana dgn buying trigger ni anda boleh tingkatkan lagi jualan anda, dn buatkan mrk membeli tnpa sedar..

Sy bg tips skit..

  • Testimoni : ada video, ada close up face, ada before after,
  • Gambar : HD, berkualiti tinggi, professional
  • Friendly : Rapat dgn fans, slalu buat contest dn engage…
  • Authority : Pakar mengiktirafkan, org tknal gne produk anda..
  • Kredibiliti : Stok/parcel , video demo, jumlah gans, konsisten
  • Social Proof : Komen byk, engagement byk
  • Mudah & Pantas : Dr sgi kbkesanan produk, respons, dn servis..
  • USP : Ada USP tersendiri, positioning..
  • Strategi Marketing : Beza dgn pesaing..

Tu sedikit sbyk tips cmne nk kuatkan lagi buying trigger anda.. Yg boleh mmbuatkan prospek membeli tnpa byk cakap.. Dgn ni, mrk nmpk anda betul2 STRONG dan SERIUSS dlm bisnes anda!

Okay, faham ke sangat faham…??

Sblm tu, ni nk tny ni..

Siapa lagi yg ada mslh dgn prospek?

–> Cer tmbah, buat point no. 5 tu kat ruangan komen bawah ni..

Jangan lupa SHARE ngn geng-geng lain.. Smoga Allah mmbalas jasa anda semua.. JKK

Viewing all 322 articles
Browse latest View live